Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Memaknai Hijrah Dan Kemerdekaan Dalam Konteks Pandemik

Hijrah boleh juga bermaksud kemerdekaan dan keluar daripada segala belenggu yang mencengkam, termasuklah cara hidup silam yang tidak memungkinkan kita untuk hidup secara selamat.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 5:38PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hijrah menuntut pengorbanan, biar apa pun konteks dan maksudnya. Hijrah secara khususnya merujuk kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW daripada Kota Makkah ke Kota Madinah.

Hijrah secara literal biasanya sinonim dengan makna perpindahan daripada satu tempat ke tempat yang lain.

Selain itu, ia juga bermaksud penghijrahan perbuatan ataupun perihal berhijrah. Hijrah adalah sunatullah dalam kehidupan manusia.

Semua orang akan melalui fasa-fasa yang berbeza dalam kehidupan masing-masing.

Malah, kemungkinan pada setiap hari boleh berlaku hijrah dalam kehidupan seseorang. Sebagai contoh, di kala pandemik ini banyak gaya hidup kita yang lama terpaksa ditinggalkan dan berhijrah kepada norma yang baharu.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Allah SWT berfirman di dalam Surah al-Taubah, ayat 40, maksudnya:

“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedangkan dia salah seorang daripada dua (sahabat) ketika mereka berlindung di dalam gua. Pada ketika itu, dia berkata kepada sahabatnya: 'Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terbawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) adalah yang tertinggi (selama-lamanya) kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Hijrah Rasulullah SAW ini sewajarnya menginspirasi kita untuk terus melakukan perubahan dalam kehidupan. Peristiwa ini sesungguhnya telah berlaku dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW dan telah diriwayatkan dalam beberapa hadis.

Antaranya, Rasulullah SAW bersabda: “Nabi SAW dilantik menjadi rasul pada usia 40 tahun dan baginda tinggal di Makkah selama 13 tahun (dalam menyampaikan dakwahnya). Kemudian, baginda menerima wahyu daripada Allah SWT dan diperintahkan agar berhijrah. Maka baginda SAW berhijrah dan menetap di sana selama 10 tahun lalu wafat ketika berusia 63 tahun” (Riwayat Bukhari).

Sebagaimana yang kita maklum, hijrah Rasulullah SAW bersama para sahabat ini telah menjadi titik mula kepada perubahan yang sangat-sangat besar dalam perkembangan agama Islam.

Hijrah ini berlaku setelah Nabi SAW menghadapi penentangan yang hebat daripada kafir musyrikin di Kota Makkah. Beberapa percubaan untuk berhijrah juga telah berlaku sebelumnya, antaranya ke Habsyah namun tidak berjaya.

Perkara asas yang perlu difahami ialah hijrah berlaku kerana mentaati perintah Allah SWT. Hijrah Rasulullah SAW bersama para sahabat bukan semata-mata berpindah kerana melarikan diri daripada kafir musyrikin.

Tetapi, ianya adalah langkah proaktif ke hadapan yang telah disusun oleh Allah SWT. Dan akhirnya terbukti Islam telah mencapai tahap kemajuan tertinggi di kota Madinah dalam segenap perkara dan kegemilangannya kekal dinikmati di seluruh pelosok dunia sehingga kini.

Dalam konteks pandemik COVID-19 yang sedang melanda sekarang di seluruh dunia, kita telah melalui banyak perubahan dalam banyak aspek kehidupan.

Tidak terkira jumlahnya perkara yang berubah daripada keadaan yang lama kepada norma yang baharu.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Namun, perlu diingat bahawa perubahan yang berlaku ini semestinya menuntut pengorbanan besar daripada semua pihak. Khususnya kepada petugas barisan hadapan yang telah berkorban jiwa dan raga demi menjamin perkhidmatan yang terbaik kepada bangsa dan negara.

Mereka telah mempertaruhkan keselamatan diri mereka dan sanggup berkhidmat dalam situasi yang terdedah kepada wabak ini, bahkan sangat membahayakan diri mereka. Betapa besarnya pengorbanan mereka menghadapi pandemik.

Begitu juga kita melihat perubahan yang berlaku dalam bidang kehidupan yang lain. Antaranya ialah perubahan yang besar telah berlaku dalam alam pendidikan.

Daripada kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka di sekolah atau universiti telah bertukar kepada PnP secara dalam talian sepenuhnya (PdPR) pada masa ini. Kita belum boleh menjangkakan bilakah pandemik ini akan berakhir.

Tidak mustahil sekiranya selepas ini pun PnP secara dalam talian ini akan menjadi satu kaedah penting dalam pendidikan. Sangat besar pengorbanan para pendidik kita untuk meneruskan PnP supaya sistem pendidikan negara kita tidak lumpuh sebagaimana berlaku di sesetengah tempat di negara lain.

Pada permulaan berlakunya pandemik COVID-19, kita sebelum itu tidak pernah membayangkan perubahan yang akan berlaku dalam kehidupan kita sebagaimana sekarang.

Apabila sudah lebih setahun kita mengharungi kehidupan yang serba baharu ini, kita sudah boleh memahami dan menerima peralihan yang telah berlaku.

Perkembangan yang sangat pesat juga telah berlaku dalam dunia perniagaan dan perdagangan dalam talian (e-dagang).

Sejak pandemik melanda dan pewartaan pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hampir keseluruhan urusan perniagaan terutamanya jual-beli kini dilangsaikan secara dalam talian. Impaknya besar bukan kepalang kepada pelbagai sektor industri.

Untuk sampai ke tahap ini pastinya semua pihak terpaksa melalui pelbagai kesukaran, melibatkan pelbagai bentuk pengorbanan di pelbagai peringkat.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Sekarang ini masyarakat semakin biasa dengan amalan terpuji seperti menjaga kebersihan dan menjaga diri daripada terdedah kepada wabak dan penyakit yang berbahaya.

Langkah pencegahan sangat dititikberatkan. Mungkin perkara ini tidak begitu diambil berat sebelum ini. Tetapi, dengan tercetusnya wabak ini, seluruh masyarakat telah berhijrah kepada norma baharu kehidupan yang lebih baik.

Ianya adalah hijrah kepada norma baharu kehidupan yang lebih baik. Allah SWT tetap akan memberikan ganjaran pahala yang besar jika ianya dilakukan dengan niat kerana Allah.

Hijrah juga dalam erti kata yang lebih besar membawa kepada makna kemerdekaan daripada segala jenis perhambaan. Bukan sahaja perhambaan sesama manusia, tetapi memerdekakan diri daripada segala kepentingan peribadi.

Oleh itu, hijrah juga adalah kemerdekaan dan keluar daripada segala belenggu yang mencengkam, termasuklah cara hidup silam yang tidak memungkinkan kita untuk hidup secara selamat.

Hakikatnya, penghijrahan kehidupan norma baharu ini seharusnya direnung dan dimaknai menerusi prisma penubuhan sebuah negara yang merdeka.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Tegasnya, hijrah seperti ini juga termasuk dalam maksud hijrah, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Daripada Muawiyah katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Hijrah tidak akan berakhir sehingga berakhirnya peluang bertaubat dan peluang bertaubat tidak berakhir sehingga matahari terbit dari sebelah barat” (Riwayat Abu Daud).

Allah SWT juga berfirman di dalam Surah al-Taubah, ayat 20:

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad kepada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah”.

Selamat berhijrah dalam menyambut Hari Kebangsaan ke-64. - Getaran, 27 Ogos 2021

---

Penulis merupakan Ketua Unit Bahasa Arab, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Pusat Pendidikan Universiti Malaya, Bachok, Kelantan, dan boleh dihubungi di [email protected]

Semua gambar hiasan: Gambar Fail Getaran

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi