Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Cadangan Amalan Mudah Bulan Rejab

Pejam celik, pejam celik, kurang 60 hari lagi kita yang beragama Islam akan memasuki bulan Ramadan. Mari kita bersedia untuknya dengan 'mengaut' keuntungan beramal di bulan Rejab.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2021 11:30AM

Gambar: Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedar tak sedar kita sudah memasuki bulan Rejab dalam kalendar Islam. Selepas ini ada bulan Syaaban dan dituruti dengan Ramadan.

Walaupun Ramadan dan Syawal adalah dua bulan yang paling disebut-sebut dalam kalendar Islam, tahukah anda bahawa bulan Rejab sebenarnya ada keistimewaannya juga? 

Ia adalah salah satu daripada empat bulan mulia atau bulan Haram dalam kalendar Islam. Tiga bulan Haram yang lain ialah Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam.

Hal ini disebut di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَان

Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”. [Riwayat al-Bukhari (4054)]

Allah SWT juga ada berfirman berkaitan bulan Haram ini di dalam surah al-Taubah:

Firman Allah SWT:

إنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”. [al-Taubah:36]


Apa beza bulan Haram dengan bulan-bulan yang lain? Laman web Mufti Wilayah Persekutuan ada berkongsi keistimewaan bulan-bulan ini menurut nukilan Al-Hafiz Ibn Kathir di dalam Tafsir Ibn Kathir yang berbunyi, 

"Ibn Abbas ada menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain." [Tafsir Ibn Kathir, 4:130]

Ya, pada bulan-bulan Haram ini, ganjaran pahala serta dosa maksiat yang dilakukan di dalam bulan-bulan haram adalah lebih berat dan besar berbanding bulan-bulan yang lain.

Oleh kerana itu, pada bulan Rejab para ulama menggalakkan kita untuk berpuasa, memperbanyakkan bersedekah, memperbanyakkan membaca al-Qur’an, memperbanyakkan berzikir dan istighfar serta memperbanyakkan solat-solat sunat.

Tidakkah anda rasakan semua saranan ini juga berbunyi seperti sebuah 'latih tubi' untuk persediaan kita menjelang Ramadan? 

Ya, kami yakin para pembaca Muslim semua pasti menyimpan hasrat untuk Khatam Quran dan sudah tidak sabar untuk meningkatkan jumlah amal ibadat pada bulan Ramadan nanti. Jadi, mengapa tidak mula dari sekarang? Tidaklah nanti berasa 'letih' beramal selepas beberapa hari pertama Ramadan.

Mulakan dengan yang mudah-mudah. Walaupun disarankan untuk berpuasa pada bulan Rejab, para ulama menegah kita untuk berpuasa sebulan penuh. Jadi, apa kata kita mulakan dengan pilihan paling selamat iaitu melakukan puasa sunat hari Isnin dan Khamis, serta tiga hari Ayyamul Bidh (Hari Putih). 

Untuk solat sunat pula, jika tidak pernah mengerjakan satu pun, kita boleh cuba mungkin dengan solat sunat sebelum atau selepas solat Fardhu, terutama sekali solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh dan solat Witir selepas waktu Isyak. Kemudian bolehlah tambah dengan solat Tahajud pula dan seterusnya.

Untuk infaq dan sedekah, kita boleh mula 'save' nombor-nombor akaun badan-badan kebajikan pilihan atau nombor akaun masjid atau surau kegemaran kita. 

Seperti yang telah sebutkan di atas, bukan sahaja amalan baik yang digandakan, dosa kita juga digandakan jika tersalah langkah. 

Jadi, awasilah tingkah laku anda. Jangan terlalu sakan berbincang itu ini di media sosial sehingga tidak sedar anda masuk dalam zon mengumpat. Perhatikan cara anda gunakan waktu. Jangan mendengar atau melihat hal yang bukan-bukan. Jagalah tutur kata anda.

Ayuh, marilah kita manfaatkan bulan Rejab ini. Jadikan ia sebagai peluang mengumpul ganjaran 'bonus' daripada Allah SWT di samping menjadi persediaan awal kita untuk bulan Ramadan. 

Ingatlah, biar berdikit amalnya, asalkan konsisten, kerana itu yang lebih disukai di dalam Islam.

Semoga Allah memanjangkan umur kita semua untuk menikmati Ramadan dan Syawal lagi tahun ini. -Getaran, 19 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Rantaian Pengorbanan Zulhijjah

2

Refleksi 3 tahun yang lalu

Wujudkah Amalan Khas Sempena Israk Mikraj?

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Gaya 2 jam yang lalu

Makanan Tambahan Untuk Tahun Persekolahan Yang Sihat!

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

Diiktiraf sebagai pertunjukan lampu hiasan terbesar di Malaysia, Luna Lights Wonderland meneruskan siri jelajah dan kini tiba di Terengganu 

oleh Wartawan Getaran