web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerjasama Dengan Pembangkang, Perangi Pandemik

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 4:10PM

Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika diumumkan sebagai Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberikan komitmen kepada pembangkang, untuk bekerjasama dengan mereka.

Meskipun tidak secara jelas menawarkan pembentukan kerajaan perpaduan, namun beliau berusaha untuk membawa pembangkang dalam usaha kerajaan melawan COVID-19.

Ia bertepatan dengan harapan daripada Yang di-Pertuan Agong kepada dua-dua pihak dan sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Perdana Menteri untuk bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut kesihatan dan ekonomi. 

Menurut sumber, Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO, telah menghubungi anggota Pakatan Harapan (PH) malam semalam, sebaik sahaja Istana Negara mengesahkan pelantikan beliau sebagai ketua kerajaan.

Antara mereka ialah Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang dalam ciapannya memaklumkan telah menerima panggilan telefon daripada bakal Perdana Menteri ketika itu.

Bercakap kepada The Vibes, sumber itu menyatakan bahawa Ismail Sabri memahami akan kepentingan mendengar suara pembangkang, apatah lagi beliau sendiri pernah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen mulai Mac 2019 sehingga Februari tahun lepas.

''Beliau mengetahui betapa pentingnya bagi kedua pihak berkerjasama, terutama ketika krisis ketika ini.

''Beliau mahu merapatkan jurang ketika ini antara kedua pihak, dengan harapan mereka dapat bekerjasama dalam berdepan dengan krisis kesihatan dan ekonomi.''

Difahamkan isyarat dari Ismail Sabri itu dihargai dan dialu-alukan oleh kem pembangkang, yang terpaksa merawat luka sendiri selepas gagal mendapatkan sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

Langkah yang diambil oleh Ahli Parlimen Bera itu, berbeza dengan pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang hampir langsung tidak mencuba untuk bekerjasama dengan pembangkang ketika 17 bulan berkuasa, meskipun pandemik mencapai tahap kritikal.

Muhyiddin menawarkan kerjasama hanya beberapa hari sebelum meletak jawatan, ketika mengadakan cubaan akhir untuk mendapatkan sokongan pembangkang, selepas hilang sokongan majoriti.

Ketika itu, Presiden BERSATU itu menjanjikan perubahan, dengan syarat Ahli Parlimen pembangkang memberikan sokongan, pada saat keabsahan jawatannya hampir diuji di Parlimen. 

Namun ia ditolak pembangkang, memaksa beliau meletak jawatan pada Isnin, menyebabkan Agong terpaksa melantik Perdana Menteri baharu.

Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan pada 2.30 petang tadi dan antara keputusan utama yang perlu dibuat oleh beliau ialah melantik anggota Kabinet yang baharu.

Beliau juga berdepan undi percaya di Parlimen, seperti dikri Agong. Dewan Rakyat dijangka bersidang mulai 6 September ini.

Di sebalik pelantikannya Ismail Sabri, Agong telah bertitah bahawa sesiapa juga yang mengambil alih pemerintahan negara, mesti merapatkan jurang antara dua pihak di Parlimen. - Getaran, 21 Ogos 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 18 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad