Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PM Ke-9: Harapan Rakyat Jadi Pedoman YDP Agong

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 4:20PM

Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam masa dua hari ini, semua mata tertumpu kepada sistem beraja untuk menentukan masa depan negara - sekurang-kurangnya untuk dua tahun ini, ia terletak kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi terseret ke dalam kancah politik negara.

Yang di-Pertuan Agong sekali lagi menerusi kenyataan Baginda meminta pemimpin negara untuk memberikan keutamaan kepada usaha memerangi pandemik dan meletakkan kesejahteraan rakyat daripada politik.

Baginda juga menegaskan supaya mematuhi dasar demokrasi berparlimen.

Semalam, Agong, bersama dengan Sultan Perak yang juga Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertemu pemimpin-pemimpin UMNO, DAP, PKR, BERSATU, PAS, Amanah, Warisan dan Pejuang di Istana. Yang di-Pertuan Agong turut bertemu dengan parti-parti yang membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerusi sidang video.

Seri Paduka telah menekankan pelantikan seorang Perdana Menteri baharu perlu mengikut Perlembagaan Persekutuan; bahawa rakyat tidak boleh dibebankan dengan ketidakstabilan politik ketika pandemik; semua Ahli Parlimen mesti menunjukkan solidariti dalam melawan pandemik, ketika barisan hadapan sudah keletihan.

Baginda juga mengingatkan mereka bahawa ketidakstabilan politik telah mempengaruhi kemajuan dalam usaha melawan pandemik dan menjejaskan ekonomi.

Seri Paduka meluahkan hasrat supaya Ahli Parlimen bersatu demi kebaikan negara.

Baginda juga menyatakan hasrat agar Ahli Parlimen yang diundi sebagai Perdana Menteri, akan menjadi penyatuan; seseorang yang dapat merapatkan jurang sehingga cabaran yang dialami dapat dihadapi bersama.

Ia adalah susulan kenyataan pada 16 Ogos lalu, berikutan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan di mana Yang di-Pertuan Agong sekali lagi menggesa penyatuan dan solidariti di saat negara memerlukannya.

Hari ini, Agong sekali lagi bertemu dengan 114 Ahli Parlimen, yang dikatakan menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari UMNO sebagai Perdana Menteri.

Boleh dibayangkan dilema yang dihadapi Seri Paduka, terutama jika jumlahnya bukan majoriti mutlak.

Keadaan ini boleh membawa kepada satu lagi tempoh ketidaktentuan politik negara dan kenapa Baginda masih mahu suara sokongan dibuat menerusi undi percaya di Parlimen pada 9 September.

Namun ini mungkin tidak membawa keputusan yang diinginkan dan menemui jalan buntu.

Jadi, apa yang akan dilakukan oleh Raja Berperlembagaan?

Perlembagaan tidak jelas mengenai kerajaan pintu belakang dan perampas keputusan pilihan raya. Fokus utama adalah pada pembahagian kerusi di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun ketika Perlembagaan 'berdiam' dalam penyelesaian, Agong dapat memberikan suara Baginda.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 adalah jelas - bukan UMNO.

Oleh itu, adakah yang menjangkakan Seri Paduka memilih Ahli Parlimen dari parti yang ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia?

Ketika Yang di-Pertuan Agong melihat perpaduan yang dapat diterima oleh kebanyakan rakyat Malaysia, maka mungkin Seri Paduka akan digerakkan untuk mengembalikan mandat asal yang diberikan oleh rakyat pada tahun 2018.

Jika anda ingat, penentangan terhadap UMNO sangat kuat.

#undirabu dan #pulangmengundi menjadi popular. Rakyat Malaysia di luar negara pulang untuk mengundi. Bahkan banyak yang memenuhi lapangan terbang, meminta mereka yang pulang ke Malaysia membawa bersama undi mereka.

Harapan, usaha dan tekad rakyat Malaysia adalah bermakna.

Pakatan Harapan pula adalah pentadbiran yang mempunyai beberapa lapisan terdiri daripada sekumpulan individu yang bebeza pendapat dipimpin oleh seorang bekas Perdana Menteri dengan niat yang musykil.

Tetapi seperti yang telah kita lihat, begitu juga Perikatan Nasional (PN).

Enam bulan pertama melawan pandemik, Muhyiddin menemui kejayaan di mana pada bulan Jun, kita merekodkan sifar jangkitan baru.

Bagaimanapun, di sebalik bantahan pakar perubatan terutama ketua pengarah kesihatan, pilihan raya negeri Sabah diteruskan pada September.

Ini mengesahkan perjuangan kita melawan COVID-18 dan hari ini lebih 13,000 orang kehilangan nyawa. Sebagai perbandingan 60,000 orang awam terbunuh dalam Perang Dunia Kedua..

Ini belum lagi mereka yang membunuh diri iaitu 1,099 kes direkodkan sejak pandemik bermula.

Untuk mengatasi masalah ini, Muhyiddin yang disokong oleh Kabinetnya menentang perintah Yang Dipertuan Agong untuk membahaskan Pelan Pemulihan Negara. Meskipun Agong keberatan menyetujui keadaan darurat, keadaan menjadi lebih buruk.

Beban di bahu Seri Paduka sangat besar. Baginda memanggil mesyuarat Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu esok dan ia adalah petunjuk bahawa Raja tidak meletakkan sesuatu pada kebetulan.

Bolehkan Perdana Menteri UMNO atau BERSATU merapatkan perpecahan dan menyembuhkan negara sedangkan konspirasi antara 'pemain' dalam parti-parti ini telah membuat seluruh negara menjadi huru-hara hanya 17 bulan yang lalu?

Seri Paduka menekankan kepada keperluan seorang Perdana Menteri untuk menguruskan pandemik COVID-19 dan membaiki ekonomi yang semakin buruk. PN telah menunjukkan bahawa ia gagal melakukannya.

Jika PN dipilih sekali lagi, bukankah ini umpama membuat kesilapan yang sama dua kali tetapi mengharapkan hasil yang berbeza kali ini? - Getaran, 19 Ogos 2021

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Semasa 23 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 16 jam yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

PAS Puji Tindakan Pantas Menteri Pertahanan Kendalikan Tragedi Helikopter TLDM