web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Perlu Akur Sudah Hilang Sokongan Majoriti - Melayu Bangkit

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 8:58PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu akur dengan statusnya yang sudah kehilangan sokongan majoriti dan mengundurkan diri secara terhormat.

Pengerusi Forum Melayu Bangkit, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bersikap terbuka dan menerima realiti bahawa beliau sudah tidak lagi disokong majoriti Ahli Parlimen untuk meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri.

Katanya, semakin hari jelas menampakkan bahawa Muhyiddin tidak lagi mendapat majoriti dengan penarikan semula sokongan kepada oleh sejumlah Ahli Parlimen UMNO.

“Keptusan untuk membawa undi percaya di Parlimen pada September depan tidak dapat diterima kerana menjelang tarikh itu, status beliau bukan lagi sebagai ketua kerajaan, sekali gus kehilangan hak untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri.

“Keabsahan beliau boleh ditentukan di luar Parlimen sebelum sidang seterusnya dilangsungkan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, urusan negara perlu dilaksanakan oleh seorang Perdana Menteri yang memiliki sokongan majoriti justeru, tindakan Muhyiddin tidak melepaskan jawatannya memberi implikasi besar kepada negara.

“Kami mewakili warga Melayu Bangkit berpandangan kepimpinan Melayu Islam mesti mempunyai moral tinggi untuk akur kepada proses demokrasi berparlimen yang menjadi sistem yang disepakati sejak mencapai kemerdekaan sebagai negara berdaulat.

“Mengenepikan proses keluhuran undang-undang  akan menyebabkan keabsahan kerajaan akan terjejas dan implikasi kepada pentadbiran kerajaan boleh dicabar dalam sebarang keputusan dasar yang diambil,” katanya.

Rakyat jelas beliau lagi, tidak mahu polemik keabsahan Perdana Menteri terus berlanjutan sehingga menjejaskan proses pemulihan negara yang amat memerlukan sebuah kerajaan kukuh dan stabil. – Getaran, 13 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 8 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad