web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Politik Tanpa Muhyiddin Dan Kluster Mahkamah, Susun Semula Politik Negara

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 3:16PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Perdana Menteri, dan menyekat kluster mahkamah UMNO daripada campur tangan dalam pentadbiran negara boleh membuka jalan kepada penyusunan semula politik, kata bekas penasihat media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin.

Beliau yang juga wartawan veteran itu berkata, ketika kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri terus dipersoalkan, Pakatan Harapan (PH) wajib membuktikan secara tuntas bahawa Datuk Seri  Anwar Ibrahim adalah tokoh paling layak menyandang jawatan itu. 

“Pakatan Harapan wajib berusaha sekeras-kerasnya bagi membuktikan "once and for all" yang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, adalah orang paling layak menjadi Perdana Menteri. Kalau masih tidak berjaya berhentilah daripada menyalahkan orang lain.

“Seandainya Muhyiddin kalah dalam undi percaya yang dijanjikannya bulan depan, ia tidak bermakna Anwar secara automatik naik menjadi Perdana Menteri. Dia kena buktikan secara sahih yang dia mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan. Tidak sokong Mahiaddin tidak bermakna sokong Anwar,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Tegas A Kadir, isu yang sedang menjadi perhatian ketika ialah usaha mengenepikan Muhyiddin daripada jawatan Perdana Menteri.

Sebilangan ahli Parlimen UMNO termasuk presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini sedang gigih membuktikan bahawa Muhyiddin sudah kehilangan majoriti di Parlimen dan mesti berundur.

Bagaimanapun Muhyiddin bertegas dan menyatakan sebaliknya. 

Menurut beliau, wujud pihak tertentu yang mahu beliau campur tangan dalam beberapa kes mahkamah melibatkan ahli politik.

“Kita boleh kata, Muhyiddin tidak layak lagi jadi Perdana Menteri dan campur tangan kluster mahkamah dalam kerajaan berakhir apabila mereka menarik semula sokongan kepada Perikatan Nasional dan Muhyiddin.

“Tanpa Muhyiddin dan gangguan kluster mahkamah, wujud peluang merombak penjajaran PN agar menjadi kerjasama yang lebih besar dengan penyertaan beberapa parti yang selama ini berkecuali seperti WARISAN, PEJUANG, MUDA dan parti-parti anak negeri Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agong UMNO, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun telah mula menghantar surat tunjuk sebab kepada ahli Parlimen parti itu yang masih menyokong PN dan Muhyiddin Yassin.

A Kadir berkata, langkah yang terbaik pada ketika ini adalah meredakan ketegangan politik sejak rampasan kuasa PN daripada PH, 17 bulan lalu, dan mengembalikan kestabilan pemerintahan negara sehingga pilihan raya umum boleh diadakan.

“Kita akui sajalah yang dalam tempoh 17 bulan pemerintahannya, hatta dengan dibantu oleh pengisytiharan darurat dan belanja yang besar, kerajaan PN gagal menangani COVID-19 seperti dijanjikan dan memulihkan keyakinan terhadap ekonomi negara.

“Mana-mana pun kerajaan yang wujud selepas undi percaya terhadap Muhyiddin nanti, tidak boleh dibenar memboroskan duit pembayar cukai ke atas bilangan Menteri, Timbalan Menteri dan Penasihat Khas Bertaraf Menteri yang sangat ramai seperti sekarang.

“Adalah jenayah menggunakan wang negara untuk membeli sokongan bagi mengekalkan sesebuah kerajaan atau bertolak ansur dengan ahli-ahli Dewan Rakyat yang sedang dibicarakan atas kes jenayah,” katanya.  Getaran, 7 Ogos 2021.

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 22 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan