web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Pentadbiran Di Negeri Sembilan Diteruskan, Bergerak Sebagai Kerajaan Minoriti’ - Aminuddin

Politik Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2026 6:07PM

Aminuddin Harun (duduk, tengah) pada sidang media di kediaman rasmi hari ini - Gambar Harian Metro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pentabiran jentera Pakatan Harapan di Negeri Sembilan akan diteruskan, walaupun 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) telah menarik semula sokongan mereka.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, menegaskan beliau akan terus mentadbir negeri itu seperti mana yang diamanahkan kepadanya sebelum ini.

Menurut beliau, perkara tersebut iaitu kedudukan semasa ADUN yang masih setia telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

“Baginda telah menitahkan supaya pentadbiran kerajaan negeri diteruskan seperti biasa.

“Kami akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri sedia ada sehingga satu keputusan yang jelas dicapai. Saya akan terus melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar,” katanya pada sidang media di kediaman rasminya, hari ini.

Jelas Aminuddin, pentadbiran negeri kini berjalan sebagai sebuah kerajaan minoriti.

Katanya, tiada perancangan setakat ini untuk mengadakan pertemuan dengan ADUN BN bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.

Sidang media tersebut turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, serta barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri.

Mengulas lanjut, beliau berkata tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan buat masa ini.

“Saya juga terkejut dengan tindakan ADUN UMNO dan BN yang menarik sokongan hari ini. Setakat ini, tiada sebarang pandangan daripada mana-mana pihak yang mencadangkan pembubaran DUN,” katanya.

Dalam perkembangan sama, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan ADUN daripada DAP menegaskan sokongan berterusan terhadap kepimpinan Aminuddin.

Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri, dan BN bersama PH membentukan kerajaan negeri selepas memenangi  31 kerusi, susulan Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos 2023. - Getaran, 27 April 2026

Berita Berkaitan

1

Politik 6 jam yang lalu

Diramal Menang Selesa Di Negeri Sembilan, Zahid Gesa BN Kekal Rendah Diri 

2

Politik 15 jam yang lalu

Undi Awal PRN Negeri Sembilan Bermula, Libatkan 22,339 Pengundi Keselamatan

3

Politik 1 hari yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

4

Politik 3 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

Sorotan

1

Kempen PRN Negeri Sembilan: Polis Rakam Keterangan MB Kedah, Pemimpin UMNO

2

Bayi 18 Bulan Maut: Kematian Diklasifikasi Semula Kes Bunuh, Bapa Kandung Suspek Utama

3

OCPD Selamatkan Pelajar Perempuan Daripada Cubaan Bunuh Diri

4

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemukan Dibuang Di Pekarangan Masjid

5

Tingkatan 6 Kekal Bawah KPM, Ambil Kira Pelbagai Aspek - PM

6

Undi Awal PRN Negeri Sembilan Bermula, Libatkan 22,339 Pengundi Keselamatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Undi Awal PRN Negeri Sembilan Bermula, Libatkan 22,339 Pengundi Keselamatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung: Bapa Dipenjara 21 Tahun, Sebat 20 Kali

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Diramal Menang Selesa Di Negeri Sembilan, Zahid Gesa BN Kekal Rendah Diri 

oleh Sophia Ahmad