Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRK Pelangai: Majoriti BN Berkurangan Kerana Fitnah

Politik Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2023 6:53PM

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa majoriti berkurangan yang diperoleh parti itu dalam Pilihan Raya Kecil, Dewan Undangan Negeri Pelangai Sabtu lalu adalah disebabkan pelbagai isu yang dilemparkan terhadap calonnya. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa majoriti berkurangan yang diperoleh parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Sabtu lalu adalah disebabkan fitnah dan pelbagai isu yang dilemparkan terhadap calonnya.

“Dalam PRK mana pun, mana-mana calon pun jika mereka diterjah dengan pelbagai fitnah dan isu, pasti situasi itu akan menyebabkan majoriti terjejas. 

“Namun yang penting adalah kemenangan itu bukan kemenangan yang kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Halal On Track di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai majoriti diperoleh BN dalam PRK DUN Pelangai yang berkurangan 50 peratus berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) November tahun lepas.

Pada PRK DUN Pelangai Sabtu lalu, calon BN, Datuk Amizar Abu Adam menang dengan majoriti 2,949 undi setelah memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional, Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi serta calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli yang hanya meraih 47 undi.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu. 

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menafikan pengurangan majoriti hampir separuh berbanding PRU lalu itu memberi gambaran sokongan terhadap BN semakin berkurangan.

Beliau seterusnya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua parti komponen Kerajaan Perpaduan, kepimpinan BN negeri dan bahagian serta pengundi yang membantu parti itu mempertahankan kerusi DUN Pelangai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

2

Politik 1 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Politik 2 bulan yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

Sorotan

1

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

2

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

3

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

4

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

5

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

6

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Polis Terima 12 Laporan, Tiada Unsur Provokasi 3R

oleh Diyana Nawwar

Semasa 5 jam yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan

Politik 1 hari yang lalu

PH Dijangka Terus Kuasai KKB - Ilham Centre

oleh Ravin Palanisamy

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pusat Hiburan Dibaling Bom Petrol