Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRK Pelangai: Pengundi Minta Parti Politik Jangan Buat Perangai 

Politik Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 4:13PM

Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai (dari, kiri) Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam; Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan Bebas, Haslihelmy Dm Zulhasli ketika nama diumumkan di pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - “Usah buat perangai tidak elok di Pelangai,” itu permintaan penduduk kepada parti politik yang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Kempen PRK Pelangai bermula semalam usai proses penamaan calon hingga 11.59 malam, 6 Oktober depan.

Bagi Sharif Muhammad, 36, dari Kampung Shafie di sini, semua pihak perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk tidak menggangu gugat keharmonian dan ketenteraman kawasan berkenaan, dengan kempen berlebihan termasuk melibatkan isu 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja.

“Sini (DUN Pelangai) memang banyak Felda, tetapi juga dihuni masyarakat pelbagai kaum, jadi jangan mainkan perkara yang boleh mencetus suasana tidak harmoni, jaga bahasa, kerana trend ketika ini apa yang diperkatakan pemimpin dan tular, akan menjadi ikutan anak-anak muda,” katanya kepada Bernama.

Sharif berkata, beliau tidak mahu kehidupan masyarakat di situ yang akrab dan saling bantu membantu antara satu lain, renggang akibat isu-isu yang dipolitikkan.

Warga emas, Sabar Sarip, 66, berkata sebagai orang yang lahir, membesar dan menetap di Simpang Pelangai, jiwanya amat sebati dengan kawasan DUN itu yang disifatkannya cukup tenang.

“Sekarang ramai orang luar masuk, kita di dalam DUN ni sambut semua, datang lah ke sini, berkempen lah, kita raikan dari mana-mana parti pun asalkan tidak bawa perkara negatif, yang beri kesan tidak baik kepada kami penduduk di sini,” katanya.

Pengerusi Tok-Tok Batin Pahang Razak Beretong pula berpendapat, calon-calon yang bertanding perlu menggunakan platform kempen secara berhemah, dengan memperjuangkan isu-isu setempat termasuk membabitkan komuniti Orang Asli di DUN itu.

“Contohnya, komuniti Orang Asli yang majoritinya penoreh berdepan masalah pendapatan, memandangkan harga getah amat rendah ketika ini sekitar RM2.70 sekilogram, ditambah peningkatan kos harga barang mentah jadi ekonomi keluarga pun tidak menentu, jadi banyak isu lain, jangan sentuh isu-isu terutama 3R,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengingatkan semua pihak supaya tidak menyentuh perkara yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam, termasuk isu 3R sepanjang kempen PRK DUN Pelangai.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata negeri Pahang, yang digelar Darul Makmur sememangnya terkenal dengan politik sederhana.

“Terutamanya di Pelangai ketika ini, di mana kita maklum sedang berhadapan dengan PRK, namun itu bukan tiket untuk kita atau mana-mana parti bertanding, memburukkan atau berkempen secara berlebih-lebihan.

“Sebaiknya, kita sama-sama sahut saranan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail supaya semua pihak bertanding bentangkan laporan prestasi mereka, untuk jadi rujukan rakyat membuat pilihan siapa mereka mahu, bukan sekadar bermain persepsi dan kelirukan pengundi,” katanya.

PRK Pelangai pada 7 Okt ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Datuk Amizar Abu Adam, Kasim Samat (PN) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

2

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kemaman: 400 Calon Muet Dinasihat Keluar Awal

4

Politik 5 bulan yang lalu

BN Bukan Tempat Sesuai Buat Raja Mohamed Affandi - Sanusi 

Sorotan

1

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

2

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

3

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

4

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

5

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

6

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Bas Thailand Dibenar Masuk Malaysia, Perlu Buat Permohonan Dengan APAD - Anthony

Semasa 1 hari yang lalu

PM Tiba Di Doha Untuk Lawatan 3 Hari

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

Semasa 1 hari yang lalu

Misi Mencari Hawari Disambung, Ganjaran AS$5,000 Menanti Pemberi Maklumat

oleh Sophia Ahmad