web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAS Masih Mahu Bekerjasama Semula Dengan UMNO - Khairuddin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 2:39PM

Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Persepsi negatif yang sering dimainkan PAS terhadap parti lawannya sekadar untuk mendapatkan perhatian UMNO.

Setiausaha Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali ia bertujuan untuk menjalinkan kerjasama semula dengan parti itu namun menolak untuk menjalin hubungan politik bersama DAP.

"Perlu diperingatkan bahawa Barisan Nasional (BN) berpakat dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan parti-parti bukannya dengan DAP secara bersendiri.

“Itupun selepas PRU (Pilihan Raya Umum) di saat tiada parti mempunya majoriti yang membolehkan kerajaan ditubuhkan dan dengan titah Yang Dipertuan Agong pula.

"Tetapi naratif ini sengaja diulang oleh PAS untuk membina persepsi negatif terhadap kerjasama Kerajaan Perpaduan. Itulah kerja PAS membina persepsi negatif pada parti lawan," katanya dalam satu kenyataan beliau di Facebook.

Khairuddin mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan partinya tidak menolak kemungkinan menghidupkan semula MN dan sekali lagi bekerjasama dengan UMNO memandangkan sebahagian besar ahli akar umbi masih sayangkan gabungan itu.

Bagaimanapun ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata PAS sedia bersama UMNO dengan syarat kerjasama itu tidak melibatkan pemimpin UMNO yang berpakat dengan DAP.

Beliau berkata kerjasama antara BN dan PH adalah hasil daripada perbincangan menyeluruh bersama parti, bukan desakan mana-mana individu.

Katanya, ia dibuat melalui mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan perkara sama juga terpakai dalam hubungan serta kerjasama dengan parti politik lain.

"Ini juga mengingatkan kita dengan apa yang pernah DAP sebut dulu untuk bekerjasama dengan PAS sahaja tetapi tidak dengan Presiden PAS.

“Ketika itu pemimpin PAS bermatian mengecam DAP. Nampaknya hari ini mereka pula membuat perkara yang sama.

"Tapi biasalah sesuatu yang haram bagi orang lain akan jadi halal jika PAS melakukannya," katanya yang juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebelum meletakkan jawatan dan keluar dari parti itu awal tahun lalu.

Menurut Khairuddin, PAS juga dilihat mahu mengamalkan konsep 'pecah dan perintah' dalam usaha mewujudkan semula kerjasama melalui Muafakat Nasional (MN).

Beliau menambah, PAS pernah melakukan agenda berkenaan ketika bersama Kerajaan Persekutuan sebelum ini yang turut melibatkan kerjasama dengan UMNO.

"Adakah PAS mahu bermain dengan agenda pecah perintah dalam kalangan pemimpin UMNO sebagaimana PAS lakukan di akhir-akhir berkerajaan bersama di peringkat Persekutuan sebelum ini?

"Syarat kerjasama politik hendaklah dengan niat ikhlas menyatukan umat dan bekerjasama atas dasar kebajikan. Jangan dengan niat terselindung memecahkan parti rakan kerjasama," katanya. – Getaran, 30 Ogos 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar