web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Pelangai 7 Oktober, 16,456 Pengundi Terlibat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 1:27PM

Abdul Ghani pada sidang media selepas Mesyuarat Khas di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Oktober ini sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi kerusi berkenaan masing-masing pada 23 September dan 3 Oktober.

PRK Pelangai di Pahang diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat di Lebuhraya Koridor Guthrire (GCE) di Bandar Elmina baru-baru ini.

Abdul Ghani berkata, SPR menerima pemakluman rasmi mengenai kekosongan luar jangka kerusi DUN Pelangai daripada Yang DIPertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, dan Mesyuarat Khas hari ini memutuskan satu PRK perlu diadakan.

“Tarikh writ adalah pada 24 Ogos 2023 (hari ini) dan Hari Penamaan Calon pada 23 September manakala Hari Mengundi Awal pada 3 Oktober dan 7 Oktober adalah Hari Mengundi.

"Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 23 September 2023 (Sabtu) sehingga jam 11.59 malam, 6 Oktober 2023 iaitu Jumaat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, hari ini.

Abdul Ghani berkata SPR akan menggunakan daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei Tahun 2023 yang dikemaskini pada 17 Ogos 2023 untuk PRK Pelangai, yang mengandungi seramai 16,456 pemilih.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada 16,417 pengundi biasa, 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

“DPPR bagi PRK Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang akan mula dijual pada 18 September 2023.

“Pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018/ 7218/ 7124 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

“Semakan maklumat pengundian akan dibuka pada 18 September ini,” katanya.

Abdul Ghani berkata urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara bagi PRK itu akan dibuka bermula hari ini.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 September bagi kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/ pegawai SPR, polis, tentera dan petugas media); 2 September bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara); dan 5 September bagi kategori 1C (agensi/organisasi).

"Permohonan undi pos bagi semua Kategori 1A, Kategori 1B dan Kategori 1C dilaksanakan secara dalam talian," katanya.

Beliau berkata, kos mengadakan PRK Pelangai adalah sebanyak RM2.1 juta.

Katanya, bagi menjalankan proses PRK itu, SPR telah melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya, dibantu oleh tiga Penolong Pegawai Pengurus.

Abdul Ghani berkata, SPR juga menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai oleh wakil-wakil daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding bagi memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen.

“Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) yang digunakan adalah di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.

“Seramai 312 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRK Pelangai sembilan buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 30 tempat mengundi/saluran dan satu pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi satu tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 10 buah dengan 31 tempat mengundi/saluran,” katanya.

PRK Pelangai terpaksa diadakan selepas ia kosong susulan kematian penyandangnya dalam nahas pesawat di Bandar Elmina pada 17 Ogos lalu.

Nahas itu turut mengorbankan sembilan yang lain termasuk dua pengguna jalan raya yang kebetulan lalu di lokasi kejadian.

Allahyarham Johari menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat; Ahmed Wafiuddin Shamsuri (Pakatan Harapan) dan Isa Ahmad (PEJUANG) dengan majoriti 4,048 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15, November tahun lepas. – Getaran, 24 Ogos 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 32 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini