web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pamer Kertas Undi: Sanusi Akan Dipanggil Polis - KPN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2023 12:03PM

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa menayangkan kertas undi kepada petugas media ketika PRN Sabtu lalu. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk diambil keterangan susulan didakwa menayangkan kertas undinya kepada petugas media pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata Muhammad Sanusi akan dipanggil dalam tempoh terdekat dan rakaman percakapannya akan diuruskan polis kontinjen Kedah.

Beliau berkata polis akan menyiasat daripada pelbagai aspek selaras dengan laporan yang diterima.

“Berilah kami peluang untuk menyiasat kes ini, bagi menuduh atau tidak itu kami serahkan kepada AGC (Pejabat Peguam Negara).

“Kami juga mempunyai cadangan-cadangan dengan melihat semua keterangan untuk menyiasat kes ini menggunakan seksyen yang bersesuaian,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman di sini hari ini.

Razarudin berkata kes berkenaan antaranya akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 5(1) dan Seksyen 26(1)(g).

Pada 12 Ogos lepas, Muhammad Sanusi mendakwa beliau tidak berniat untuk mempamerkan kertas undinya kepada pihak media ketika mengundi pada PRN.

Sebaliknya, beliau dilapor berkata kertas undi itu terdedah secara tidak sengaja ketika melayani permintaan pihak media untuk mengambil gambarnya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad