web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Terpaksa’ Undi DAP Punca Akar Umbi Tolak UMNO - Isham

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 8:36PM

Isham Jalil. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR –  Kekalahan calon dari UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam dilihat sebagai penolakan akar umbi terhadap kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang juga dianggotai DAP.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata ia antara faktor kepada kekalahan UMNO yang menyaksikan parti berkenaan hanya menang di 19 kerusi sahaja.

Menyifatkan ia sebagai satu angka yang memalukan beliau berkata, kekalahan calon UMNO dalam PRN itu adalah 'tanda amaran' buat parti itu untuk segera memperbaiki keadaan.

"Berkenaan DAP, saya telah kata sebelum ini bahawa perkara ini adalah amat sensitif kepada akar umbi kita.

“Jika kita paksa akar umbi kita undi DAP, mereka akan bantah dan besar kemungkinan tidak akan keluar mengundi, atau lebih teruk mereka protes dan undi PN (Perikatan Nasional). Ini yang telah berlaku di enam negeri ini.

"Kita perlu selesaikan isu DAP ini. Sama ada kita terus bekerjasama dengan mereka dalam kerajaan dan pilihan raya, ataupun bekerjasama hanya dalam kerajaan dan bukan dalam pilihan raya," katanya melalui satu kenyataan di akaun Facebook beliau.

Isham berkata, kekalahan buat UMNO semalam perlu menjadi 'wake up call' buat Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk turun menyelami perasaan akar umbi.

Beliau berkata, ahli-ahli UMNO tidak boleh menerima keadaan apabila mereka 'dipaksa' untuk mengundi calon daripada DAP dalam pilihan raya.

"Kita mungkin boleh membina semula parti kita dengan mengekalkan ideologi dan perjuangan kita. Walaupun mula-mula mungkin kita kalah atau tidak menang besar, namun demikian dengan ini kita dapat kekalkan akar umbi kita dan sedikit demi sedikit memenangi semula hati rakyat.

"Jika tidak, akar umbi kita akan lari ke parti lain, dan nasib kita akan jadi seperti pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

“Untuk mengejar 500 undi DAP, kita hilang 5,000 undi Melayu dan hilang akar umbi. Jika kita hilang akar umbi, parti kita akan mati. Ini tidak bijak malahan bahaya," katanya.

PRN ke 15 yang berakhir semalam menyaksikan kedudukan UMNO di hati rakyat tergugat apabila hanya memenangi 19 kerusi daripada 108 yang ditandingi.

Susulan daripada kekalahan tersebut, banyak pihak yang menggesa Ahmad Zahid untuk melepaskan tampuk kepimpinannya sebagai presiden parti tersebut.

BN hanya berjaya memperoleh masing-masing dua kerusi di Selangor dan Pulau Pinang serta satu di Kelantan manakala kemenangan terbesar adalah di Negeri Sembilan dengan 14 kerusi berjaya ditawan pada PRN ke 15. – Getaran, 13 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam