web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


VoteMalaysia Bawa Balik Lebih 3,000 Undi Pos Dari Singapura 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 9:14PM

Pengasas UNDI18, Tharma Pillai (dua, kiri) bersama Koordinator Program Undi18, Diffan Sina Jasmi (tengah) bergambar bersama kertas undi pos ke luar negara selepas sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Sukarelawan Malaysia di bawah inisiatif ‘VoteMalaysia’ pada Jumaat berjaya membawa balik 1,511 lagi undi pos dari Singapura untuk enam pilihan raya negeri (PRN).

1thirdmedia Movement, adalah antara gerakan yang bekerjasama dengan UNDI18, sebuah gerakan belia Malaysia, berjaya mengutip undi pos daripada pengundi Malaysia yang bekerja dan menetap di republik itu sejak 5 Ogos lalu.

Pasukan itu sudah melakukan perkara yang sama semasa Pilihan Raya Negeri Johor dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Seorang sukarelawan, Farrah Diyana Mohamad Ali berkata, mereka menggunakan strategi sama dengan mewujudkan lima zon pengumpulan meliputi kawasan tengah, timur, barat, utara dan selatan republik itu.

“Terdapat dua penghantaran ke pusat penyisihan di Kuala Lumpur kali ini melalui pengangkutan darat dan udara,” kata Farrah Diyana kepada Bernama.

“Penghantaran pertama sudah dilakukan pada 9 Ogos dengan jumlah kutipan 1,494 dan yang kedua pada hari ini menerusi penerbangan yang ditaja Malaysia Airlines,” katanya.

Sementara itu, Twitter Undi18 menyatakan, sehingga 10.30 malam 10 Ogos, jumlah semasa undi pos yang berjaya dikumpulkan sebanyak 2,171 meliputi 27.2 peratus daripada keseluruhan 7,972 pengundi pos luar negara Kategori 1B (rakyat Malaysia yang menetap di luar negara).

Tarikh akhir kertas undi pos diterima oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya ialah sebelum 5 petang pada 12 Ogos, iaitu hari pengundian di enam negeri.

Pada GE15, inisiatif VoteMalaysia ini sudah berjaya membawa pulang lebih 35,000 sampul undi dari seluruh dunia, meliputi 73 peratus daripada keseluruhan sampul undi pos bagi kategori 1B.

Pada Sabtu, kira-kira 9.67 juta pemilih akan menentukan masa depan enam negeri - Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam