web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tok Mat Nafi Terbabit Skandal LCS, Fitnah Untuk Bunuh Karakter

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 8:52AM

Datuk Seri Mohamad Hasan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan terbabit dalam skandal projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS) seperti tular baru-baru ini selain menyifatkan dakwaan itu sebagai cubaan membunuh karakternya.

Mohamad, yang mesra dipanggil Tok Mat,  berkata dakwaan itu adalah tidak berasas memandangkan keputusan perolehan kapal berkenaan telah dibuat sebelum beliau menjawat jawatan tertinggi di Kementerian Pertahanan.

"Masa (perolehan) itu saya belum ada di Persekutuan (Parlimen) saya jadi Menteri Pertahanan pada bulan 11 tak masuk akal langsung, fitnah itu sengaja dibuat untuk pembunuhan karakter, dia nak musnahkan saya," katanya ketika berucap pada program Malam Perpaduan Paroi di Dataran Senawang, di sini, malam ini.ari ini.

Sebelum ini, tular satu rakaman di Youtube milik Raja Petra Raja Kamarudin yang mendakwa Mohamad merupakan sebagai antara individu terlibat dengan skandal berkenaan.

Pembekalan enam LCS oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) menjadi kontroversi selepas pendedahan bahawa projek berkenaan sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun mulai 3 Okt 2013 hingga 2 Okt 2023 namun hanya siap 53.29 peratus setakat 31 Mei 2019.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut menafikan satu lagi dakwaan bahawa beliau akan dipecat daripada jawatan menteri kerana tidak sehaluan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan tidak turun berkempen bersama pemimpin utama negara itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

"Tahu tak Kementerian Pertahanan paling banyak dapat peruntukan khas daripada Perdana Menteri. Saya minta RM200 juta lulus untuk kita membaik pulih rumah tentera, baru-baru ini askar yang tak berpencen Perdana Menteri dengan murah hati meluluskan elaun khas bulanan RM300 bagi usia 60 tahun ke atas iaitu melibatkan hampir 50,000 anggota tidak berpencen.

"Saya minta jet pejuang, kapal perang, radar, kesemuanya lulus, ini pula nak mengadu domba mengatakan saya akan dipecat sebab saya tak bersama dalam kempen. Saya demam empat hari, 40 darjah suhu jadi janganlah mengadu domba, mengata saya macam-macam," katanya.

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau mengingatkan para pengundi agar tidak terpengaruh dengan naratif bahawa Kerajaan Persekutuan akan tumbang jika keputusan pasca PRN tidak memihak kepada Kerajaan Perpaduan.

Katanya, dakwaan itu tidak berasas kerana apa sahaja keputusan PRN yang akan berlaku Sabtu ini, kerajaan Persekutuan tidak akan tergugat.

"...kerana ia telah pun ditubuhkan dan tidak mungkin kerajaan yang ditubuhkan dengan 2/3 majoriti ini tergugat di atas apa jua keputusan PRN kerana undang-undang Anti Lompat Parti telah pun dikuatkuasakan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 40 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad