web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Semudah Itu Labelkan Orang Kafir - Dr Mohd Na'im

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2023 8:54AM

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jangan mudah melabelkan pihak lain sebagai kafir hanya kerana berbeza ideologi politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, tindakan tersebut bukan sahaja berbahaya, tetapi turut bertentangan dengan prinsip agama.

"Saya menyeru kepada semua pihak agar lebih bertanggungjawab serta tidak sewenang-wenangnya menuduh seseorang muslim itu menjadi kafir disebabkan hanya perbezaan pegangan politik dan seumpamanya. 

"Sebarang perkara dalam urusan agama khususnya dalam bidang akidah dan syariah perlulah dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri serta para ilmuan yang diperakui kepakarannya dalam bidang tersebut," katanya, lewat malam tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas penularan sebuah video yang memaparkan respon diterima petugas jentera pilihan raya mewakili Barisan Nasional (BN).

Insiden berkenaan dipercayai berlaku di Kelantan berdasarkan dialek bahasa digunakan.

Dalam video tersebut, petugas terbabit bukan sahaja tidak disambut baik oleh warga emas berkenaan, malah dia turut diberitahu bahawa parti itu disahkan kafir oleh barisan kepimpinan PAS.

Ia turut dikongsi Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang kemudian berdepan kritikan netizen kerana didakwa tidak menyelidik perkara sebenar.

Dakwa netizen, kondisi mental warga emas berkenaan tidak lagi sempurna kerana berada dalam keadaan nyanyuk, menyebabkan dia gagal berfikir dengan waras.

Jelas netizen lagi, keadaan warga emas terbabit sememangnya sudah dimaklumi penduduk kampung tersebut.. - Getaran, 6 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 jam yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

3

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

4

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar