web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Unsur Khianat Antara 6 Siasatan Yang Dibuka

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 8:18PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Sebanyak enam kertas siasatan dibuka berkaitan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) antaranya melibatkan fitnah, khianat dan kesalahan merosakkan bahan kempen calon.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman ACP A. Skandaguru berkata kes terbabit dilaporkan di empat negeri semalam dengan Negeri Sembilan sebanyak dua kertas siasatan dibuka diikuti Pulau Pinang, juga dua kertas siasatan, manakala Kedah dan Terengganu masing-masing satu.

“Di Seremban, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) atas kesalahan khianat melibatkan kerosakan sebuah khemah bilik gerakan sebuah parti politik yang disimbah air bercampur minyak di Garden Home dan empat bahan kempen (iaitu papan iklan) seorang calon Bebas telah dirosakkan di sekitar Sikamat dan Paroi Jaya.

“Di Butterworth, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 379 KK kerana mencuri melibatkan bahan kempen iaitu bendera dan sepanduk telah tiada di gelanggang bola keranjang Taman Bagan serta sepanduk ceramah telah dikoyakkan oleh seorang individu yang tidak dikenal pasti,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata di Terengganu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 435 KK kerana kesalahan khianat dengan api apabila satu poster milik calon bertanding di Marang telah dibakar.

“Di Sik, Kedah kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana kesalahan mengembangkan permusuhan, Seksyen 500 KK kerana fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Ia dikatakan apabila seorang pengadu menonton satu video di Facebook yang memaparkan sedutan ucapan seorang calon sebuah parti politik yang mengandungi gambar pengadu dengan perkataan Makan Kenduri UMNO Masuk Neraka. Pengadu mengatakan ia satu fitnah bagi memburukkan namanya sebagai Ketua Pemuda sebuah parti politik di kawasan Sik,” katanya.

Beliau berkata semalam juga polis telah menerima keseluruhan 137 laporan dengan Selangor mencatat angkat tertinggi sebanyak 65 laporan.

"Ia diikuti Kelantan (29), Terengganu (23), Negeri Sembilan (12) dan Pulau Pinang mencatatkan lima laporan manakala Kedah tiga laporan," katanya.

Skandaguru berkata polis turut meluluskan 385 permit ceramah dengan Kedah sebanyak 87 diikuti Terengganu (75), Kelantan (73), Selangor (67), Negeri Sembilan (48) dan Pulau Pinang (35).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan manakala pengundian awal pada 8 Ogos. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad