web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengundi Muda Perlu Bijak Buat Keputusan – PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 6:05PM

Seorang pengundi muda pada Pilihan Raya Umum Ke-15 tahun lalu. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS -- Pengundi muda yang berusia 18 hingga 25 tahun, mempunyai pengaruh kuat dalam mencorakkan politik negara sekali gus berupaya menentukan masa depan Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sehubungan itu golongan muda harus membuat keputusan bijak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bagi menentukan masa depan negara dan golongan belia negara ini cerah.

“Sebab itu anak-anak harus fikir untuk menentukan corak politik Malaysia ini, corak yang mana, corak yang aman, merangkul semua kaum, ada dasar ekonomi yang jelas, menarik pelaburan kerana itu masa depan anak-anak.

“Jadi, anak-anak ambil keputusan yang bijak, anda yang tentukan apa yang terbaik untuk negara,” katanya ketika berucap di hadapan 1,500 pelajar pada program Temu Anwar, Bicara Pendidikan MADANI di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di sini, hari ini.

Beliau berkata anak-anak muda perlu teguh untuk menghentikan segala hinaan yang melibatkan kaum dan agama, agar amalan hidup sebagai keluarga yang harmoni terus kukuh dalam kalangan rakyat, sekali gus menyelamatkan negara ini.

Perdana Menteri menjelaskan Kerajaan Perpaduan sentiasa bekerja kuat untuk membawa pelaburan asing ke negara ini bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada generasi akan datang.

“Kita kerja keras, bandingkan tiga, empat tahun dahulu, mana ada pelaburan, mana ada perubahan dalam pendidikan seperti ini, mana ada komitmen untuk menoktahkan kemiskinan tegar seperti sekarang.

“Mana ada penyelesaian berpuluh tahun masalah tandas. Sekarang - Allahamdulillah kita miliki kerajaan yang ambil berat mengenai anda,” katanya dengan mendapat tepukan gemuruh pelajar matrikulasi yang hadir.

Pemimpin nombor satu negara itu berkata beliau mahu buktikan Malaysia mampu menjadi negara gemilang dengan memiliki anak-anak generasi muda selaras dengan konsep MADANI yang diketengahkan kerajaan pimpinannya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan, diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan