web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Tiada Hasrat Wujudkan Garis Panduan Pemberian Bantuan Pilihan Raya - Azam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 1:49PM

SPRM tidak berhasrat mengwujudkan garis panduan baharu membabitkan pemberian bantuan ketika pilihan raya - Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berhasrat mewujudkan garis panduan baharu berhubung pemberian bantuan semasa pilihan raya, kata Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan pemakaian kamera badan (BWC) dan jaket SPRM di sini hari ini, beliau berkata ini kerana peruntukan do and don't berkaitan pilihan raya adalah jelas termaktub di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Ada undang-undang, Seksyen 10 di bawah akta itu jelas tentang do and don’t yang perlu dipatuhi oleh setiap calon pilihan raya,” katanya mengulas cadangan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man agar satu garis panduan khusus dikeluarkan berhubung pemberian bantuan semasa pilihan raya.

Tuan Ibrahim dilaporkan berkata garis panduan tersebut penting agar semua pihak mengetahui bentuk bantuan yang dibenarkan sepanjang pilihan raya.

Ditanya mengenai perkembangan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pada 12 Ogos, Azam berkata setakat ini SPRM belum menerima apa-apa laporan berkaitan rasuah.

“Ikut pengalaman lepas kami telah buat pemerhatian, biasa sehari dua belum ada lagi (laporan berkaitan rasuah),” katanya.

SPRM melancarkan tujuh bilik gerakan sempena PRN dan PRK iaitu di Ibu Pejabat SPRM, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu yang akan beroperasi selama 24 jam bermula 29 Julai sehingga 12 Ogos.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN dan PRK Kuala Terengganu dijalankan serentak iaitu pada 12 Ogos manakala pengundian awal berlangsung 8 Ogos. -- BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar