web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ubah Pendirian Tentang Negara Majmuk Bukti Tun M Sesumpah Politik

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2023 8:37PM

Lim Kit Siang berkata, pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini yang menentang tindakan mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk jelas bercanggah dengan prinsip didukungnya dahulu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perubahan pendirian mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung status Malaysia sebagai sebuah negara majmuk membuktikan bahawa beliau adalah sesumpah politik.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, pendirian Dr Mahathir ketika ini yang menentang tindakan mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk jelas bercanggah dengan prinsip didukungnya dahulu.

Menurut beliau, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu ketika masih bergelar Perdana Menteri Malaysia Keempat dengan teguh menjunjung sitat majmuk diterapkan Perlembagaan Persekutuan.

“Ini khususnya dapat dilihat sewaktu beliau mengumumkan rancangan 30 tahun Wawasan 2020 dan sembilan cabaran strategiknya, malah Dr Mahathir juga menyokong lima prinsip terkandung dalam Rukun Negara.

“Tetapi pendiriannya berubah selepas September 2021, apabila beliau menulis buku ‘Capturing Hope — The Struggle for a New Malaysia’ setelah dijatuhkan dari berkuasa dengan konspirasi politik Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020,” katanya.

Sindir Kit Siang, ucapan terima kasih seharusnya dizahirkan kepada mantan Pengerusi PEJUANG itu kerana telah memberikan gambaran sebenar untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Terima kasih kepada (Dr) Mahathir Mohamad, (kerana) gambaran besar (pendirian mereka) untuk enam pilihan raya negeri yang akan datang sudah jelas, (iaitu) usaha mempromosi Malaysia majmuk berbilang kaum bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia,” katanya, sinis.

Jelas bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, tiga Perdana Menteri terawal iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Allahyarham Tun Hussein Onn memiliki kepercayaan penuh bahawa Perlembagaan Persekutuan jelas bersifat majmuk.

Perdana Menteri kedua dan ketiga juga katanya, menyokong Rukun Negara sebagai prinsip pembinaan sebuah Malaysia yang majmuk.

“(Dr) Mahathir telah membuktikan dirinya sebagai seorang sesumpah politik. 

“Saya masih ingat dengan pengumumannya di persidangan perwakilan GERAKAN pada 29 September 2001 bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, bertentangan dengan apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan ketiga,” katanya.

Mengulas lanjut Kit Siang berkata, Tunku Abdul Rahman di majlis makan malam sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-80 pada 8 Februari 1983 telah memberikan mesej yang amat penting kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) iaitu untuk tidak mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam. 

“Majlis itu dihadiri oleh semua pemimpin tertinggi BN termasuklah Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

“Perkara ini menjadi tajuk utama semua akhbar pada keesokan harinya. Tunku menekankan yang Malaysia ditubuhkan sebagai sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi, dan perkara ini termaktub dalam Perlembagaan, justeru ia wajar dihormati,” katanya.

Empat hari kemudian tambah Kit Siang, Perdana Menteri Malaysia ketiga, Hussein Onn ketika menyambut ulang tahun ke-61 pada 12 Februari 1983 telah memberikan sokongan penuh secara terbuka kepada seruan Tunku yang dihalakan kepada pemimpin BN untuk tidak mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

“Hussein mengatakan ‘tidak bijak atau praktikal’ untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam memandangkan Malaysia boleh berfungsi sebagai sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasminya.

“Dr Mahathir telah mengabaikan Suruhanjaya Perlembagaan Reid 1957 dan Suruhanjaya Cobbold 1962,” katanya. - Getaran, 5 Julai 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad