web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dipelawa Jadi Ahli MPT BERSATU: Khairy Akan Putuskan Segera Tawaran Muhyiddin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 5:00PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memaklumkan, keputusan sama ada beliau akan menerima tawaran sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau tidak, akan dibuatnya segera.

Beliau berkata, tidak adil untuk membiarkan pihak yang membuat tawaran menunggu terlalu lama.

“Dalam masa terdekat saya akan sampaikan keputusan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden BERSATU),” katanya selepas program Designing the Future bertajuk ‘What’s Next For Malaysia’ di UCSI University Campus Kuala Lumpur, hari ini seperti dilaporkan BH.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semalam yang menasihatkan Khairy supaya tidak mengambil masa terlalu lama untuk menjawab tawaran dibuat parti itu.

Terdahulu, Muhyiddin membuat tawaran kepada Khairy untuk menjadi Ahli MPT BERSATU selepas mendapat persetujuan pimpinan parti lain, sebelum mengumumkannya pada 17 Mei lalu.

Muhyiddin dilaporkan berkata, tawaran berkenaan dibuat memandangkan partinya mempunyai dua kekosongan jawatan berkenaan, bukannya berniat ‘mengumpan’ mantan Ahli Parlimen Rembau itu.

Pada 22 Mei, Khairy yang juga mantan Menteri Kesihatan meminta diberi masa bagi mempertimbang tawaran itu kerana bukan mudah membuat keputusan mengenainya.

“Saya harap mereka yang membuat tawaran itu kepada saya dapat memberi saya sedikit masa lagi untuk memikirkan perkara ini...terima kasih kepada Muhyiddin yang secara umum menzahirkan perkara ini,” katanya.

Malah, beliau menganggap, peluang kedua untuk memilih parti politik diterimanya itu tidak boleh diambil ringan.

“Saya nak pilih dengan rela hati bukan nak jadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN), sebab parti itu mewakili nilai dan pendirian politik saya. Jadi saya perlukan masa, bukan saya kata ‘no’ (tidak) kepada tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada podcast kali ini.

“Saya nak menjelaskan kepada orang ramai dan pendengar yang peduli mengenai hal ini,” katanya. – Getaran, 25 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar