Berita Terkini

1 jam yang lalu: Pencari madu lebah maut jatuh pokok setinggi 30 meter di Kampung Meranto, Gua Musang 1 jam yang lalu: KDN salur peruntukan lebih RM2.3 juta untuk pembaikan penjara, PPD di Kedah 1 jam yang lalu: Rumah terbakar: Seramai 76 penghuni Rumah Selunsin, Pakan dalam Bahagian Sarikei terjejas 1 jam yang lalu: MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta 1 jam yang lalu: Hanya 35 peratus atau seramai 176,883 suri rumah carum bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)

IKUTI KAMI


UMNO Dalam Kerajaan Perpaduan Bukan 'Kahwin Paksa' - Ketua Pemuda UMNO 

Politik Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 4:47PM

Dr Muhamad Akmal Saleh- Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyertaan UMNO dalam pembentukkan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukanlah ‘kahwin paksa’ sebagaimana dakwaan segelintir pihak, kata Ketua Pergerakan Pemudanya Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau berkata walaupun ada antara parti yang membentuk kerajaan hari ini tidak pernah menjalin kerjasama, atau tidak punyai ‘chemistry’ sebelum ini, namun ia bukan alasan untuk tidak mewujudkan persamaan dan kesamarataan demi negara.

“Ada orang kata kita ini kahwin paksa, tetapi ibu ayah kita, atuk nenek kita dulu mereka kahwin pun tak kenal sesama sendiri, kalau duduk bercinta 10 tahun tapi tahun pertama kahwin lelaki curang buat apa.

“Kalau kita nak kekal dalam Kerajaan Perpaduan mesti mempunyai tiga perkara iaitu yang pertama kena saling menghormati satu sama lain, memahami antara satu sama lain dan mempercayai antara satu  sama lain,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini,

Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023 diadakan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023 diadakan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Beliau turut menyeru agar sayap-sayap parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan menolak segala perbezaan dan mencari titik persamaan agar kestabilan politik negara terus terjamin. 

Dalam sesi yang sama, Ketua Angkatan Muda Harapan Dr Kelvin Yii Lee Wuen pula berkata setiap perbezaan seharusnya dilihat sebagai kekuatan dan bukannya sebagai halangan untuk membina perpaduan dalam masyarakat di negara ini. 

"Bagi saya dalam setiap perjuangan, dalam setiap gerak kerja yang kita lakukan asasnya adalah perpaduan, tanpa perpaduan kita tidak ada kestabilan, tanpa kestabilan kita takkan ada perkembangan, tanpa perkembangan kita tiada transformasi dan tanpa transformasi kita tiada kesejahteraan. 

"...saya berdiri di sini bersama pemimpin (parti politik yang lain) untuk membina semula negara tercinta ini atas dasar dan prinsip hormat dan ihsan terhadap semua kaum, agama dan bangsa dan semua latar belakang inilah asas pembentukan negara tercinta Malaysia," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Jurugambar Ditahan Bantu Siasatan Amang Seksual Di Sepang

2

Pilih Bulu, RapidKL ‘Dibelasah’ Benarkan VVIP Guna MRT Tanpa Pelitup Muka

3

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah, Sanusi Perlu Faham Perlembagaan - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PM Timang Cucu Ke-13

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Gaduh Tampoi: Lima Lelaki, Seorang Wanita Direman 4 Hari

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Naikkan OPR Ganggu Sentimen Perniagaan, BNM Buat Keputusan Salah?  

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Mahkamah Singapura Tangguh Kes Bagi Pendakwaraya Sedia Tawaran Untuk Penyerang Kamal Adli