web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belum Muktamad Rakan Sekutu Guna Lambang BN Pada PRN - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 6:03PM

Ahmad Zahid berkata, Dewan Tertinggi BN telah memutuskan calon BN akan menggunakan lambang BN pada PRN ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) masih belum memuktamadkan sama ada membenarkan rakan sekutunya dalam Kerajaan Perpaduan bertanding menggunakan lambang parti gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri akan datang, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“… kita tidak menolak jika ada parti-parti lain dalam kesepakatan Kerajaan Perpaduan, jika mereka berhasrat untuk menggunakan lambang BN, namun ia belum dimuktamadkan. Hasrat itu ada (parti guna lambang BN) tetapi belum dimuktamadkan,” kata Ahmad Zahid yang juga presiden UMNO.

Bagaimanapun beliau berkata Dewan Tertinggi BN telah memutuskan calon BN akan menggunakan lambang BN pada PRN.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kawalan Keganasan (JPTKK) di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata BN sedang mempertimbangkan hasrat parti bersekutu dalam Kerajaan Perpaduan untuk menggunakan lambang dacing pada PRN akan datang.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Kedah. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad