Berita Terkini

1 jam yang lalu: Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem — Laporan UNODC 1 jam yang lalu: Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah sedalam 15 sentimeter 10 jam yang lalu: RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha 10 jam yang lalu: KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan 10 jam yang lalu: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba

IKUTI KAMI


6 PRN Peluang Terbaik Parti Politik Perkasa Kedudukan Wanita

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 8:15PM

Gerak kerja parti politik tidak mungkin berjaya tanpa penglibatan wanita, tetapi pembabitan politik mereka pada peringkat akar umbi tidak diterjemahkan di peringkat kepimpinan parti politik - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Semua parti politik disyorkan agar menamakan kira-kira 30 peratus calon wanita untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang sebagai usaha memperkasakan politik golongan itu di negara ini.

Naib Ketua Wanita PKR, Sangetha Jayakumar berkata, wanita berhak mendapat perwakilan saksama dengan calon lelaki kerana kedudukan mereka membentuk separuh daripada populasi Malaysia.

Menurutnya, saranan tersebut berasas kerana semua parti politik bergantung kepada jentera dan aktivis wanita untuk membuat gerak kerja kempen serta aktiviti lapangan di peringkat komuniti setempat.

“Maka, penglibatan wanita dalam politik peringkat akar umbi adalah sangat aktif, substantif dan berpengaruh.

“Wanita adalah tonggak aktiviti meraih undi kerana pendekatan yang lebih mesra, intuitif dan kebolehupayaan mereka membina rangkaian di peringkat komuniti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, gerak kerja parti politik tidak mungkin berjaya tanpa penglibatan wanita, tetapi pembabitan politik mereka pada peringkat akar umbi tidak diterjemahkan di peringkat kepimpinan parti politik.

Katanya, masih wujud amalan ketaksamaan gender dalam politik berdasarkan jumlah pencalonan wanita politik yang jauh ketinggalan berbanding lelaki.

“Ketaksamaan gender boleh dilihat melalui jumlah peluang pencalonan wanita dalam pilihan raya. Pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU-15), hanya 127 calon wanita (13.4 peratus) daripada keseluruhan 945 calon yang bertanding merebut kerusi Dewan Rakyat.

“Mengikut gabungan politik, Pakatan Harapan (PH) mencalonkan 40 wanita atau 18 peratus, diikuti Barisan Nasional (BN) 22 atau 11 peratus dan Perikatan Nasional (PN) dengan 16 wanita atau 9.3 peratus,” katanya.

Jelasnya lagi, berdasarkan kajian “Women’s political leadership in the ASEAN region” oleh University of Sydney and Universitas Gadjah Mada pada November 2022, wanita dalam kepimpinan akar umbi menghadapi lebih banyak halangan bagi mengakses kuasa dan kepimpinan jawatan, berbanding wanita yang mengejar kepimpinan dalam arena politik formal.

“Setelah berkuasa, pemimpin politik akar umbi juga menghadapi lebih banyak halangan untuk menekankan pengaruh dan mempengaruhi perubahan.

“Susulan itu, PRN yang akan diadakan adalah peluang untuk parti politik memperbaiki kedudukan wanita dalam lanskap politik dan memastikan mereka tidak lagi menjadi golongan ‘underrepresented”,” katanya.

Ujarnya lagi, kadar pencalonan 30 peratus pemimpin wanita di enam PRN iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu adalah tahap terbaik sebagai permulaan memperbaiki kedudukan wanita dalam lanskap politik negara ini.

Terdahulu, PH dan BN bersetuju semua kerusi penyandang kekal kepada parti yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dalam menghadapi PRN di enam negeri kelak.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, kata sepakat itu dicapai menerusi perbincangan awal membabitkan pembahagian kerusi untuk PH dan BN pada PRN, baru-baru ini.

Katanya, perbincangan pusingan pertama antara PH dan BN bersetuju membabitkan beberapa parameter yang akan memandu ke arah pengagihan kerusi pilihan raya, antaranya kerusi penyandang kekal untuk parti yang menang pada PRU-14.

Pada 22 Februari lalu, enam negeri mencapai persetujuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN masing-masing.

Mengambil kira tempoh masa pembubaran itu, PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu serta Kelantan dijangka diadakan pada Julai atau Ogos ini.

Tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan kini dibawah pentadbiran PH, sementara Terengganu, Kedah dan Kelantan, dibawah teraju PN.

PRN itu perlu diadakan memadangkan tempoh mandat DUN di enam negeri berkenaan akan berakhir pertengahan tahun ini.  – Getaran, 5 Mei 2023

Sorotan

1

Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

2

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

3

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Superman, Langgar Lampu Merah, Remaja Lelaki Maut Rempuh Kereta

Semasa 50 minit yang lalu

Dipercayai Tertelan Cecair Vape, Kanak-Kanak 2 Tahun Stabil, Dipantau Hospital

oleh Farhana Farush

Semasa 12 jam yang lalu

Wanita Perlu Buat Laporan Polis Berhubung Perkataan ‘Lucah’ Hokkien Disebut Sanusi – Rayer

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Kereta Api India: Malaysia Sampaikan Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad