web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN Setuju Pertahan Kerajaan Perpaduan, Komited Bangun Agenda Rakyat Bersama

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 9:12AM

Suasana Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) - Gambar Facebook Barisan Nasional

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) sebulat suara bersetuju mempertahankan Kerajaan Perpaduan yang turut dianggotai parti berkenaan.

Perkara itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam tadi yang turut dihadiri semua parti komponennya.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, menerusi mesyuarat sama, parti itu komited untuk bersama-sama membangunkan agenda polisi rakyat bagi memastikan ia terus dilaksanakan.

“(Pada mesyuarat itu) Dewan Tertinggi BN juga dimaklumkan secara mendalam persiapan parti menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN), iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Perbincangan juga melibatkan model kerjasama di antara BN bersama parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya menerusi kenyataan selepas mesyuarat itu.

Beliau berkata, Dewan Tertinggi BN turut bersetuju mengambil bahagian dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei ini di WTC.

Selain itu, pada mesyuarat sama, parti komponen melalui Presiden parti masing-masing, merakamkan ucapan tahniah kepada Pengerusi BN selaku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menang tanpa bertanding pada pemilihan UMNO Sesi 2023-2026.

Malah, komponen merakamkan tahniah kepada seluruh kepimpinan Majlis Tertinggi dan kepimpinan UMNO setiap peringkat atas kemenangan pada pemilihan tersebut.

“Mesyuarat Dewan Tertinggi juga bersetuju ​pelantikan Bendahari Agung BN berdasarkan fasal 8.3.(E) Perlembagaan Barisan Nasional, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, pelantikan wakil Pergerakan Pemuda berdasarkan fasal 8.1.(G) Perlembagaan Barisan Nasional (Dr Muhamad Akmal Saleh) dan pelantikan wakil Pergerakan Puteri berdasarkan fasal 8.1.(I) Perlembagaan Barisan Nasional ( Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi),” katanya.

Pada masa sama, Zambry berkata, mesyuarat bersetuju bahawa pengganti wakil UMNO dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ke Dewan Tertinggi berdasarkan Fasal 9 Perlembagaan Barisan Nasional, iaitu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Datuk Freddy Sua.

“Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Negeri berdasarkan fasal 23(A) Perlembagaan BN, selain pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian berdasarkan 24(A) Perlembagaan BN, ekoran pemilihan UMNO 2023-2026.

“BN menyeru agar semua pemimpin dari pelbagai lapisan masyarakat untuk terus menjaga perpaduan dan keharmonian, agar kestabilan politik dapat dijamin,” katanya. – Getaran, 28 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad