Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rumah Terbuka Malaysia Madani Cabar Imej, Maruah Kerajaan Negeri

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 5:50PM

Takiyuddin Hassan - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) bukan sahaja tersasar jauh tetapi mencemarkan hari kebesaran agama kerana bermotifkan politik.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, retorik basi dan sumbang kononnya PAS dan PN ialah parti penunggang agama untuk tujuan politik, nampaknya kini berbalik kepada kerajaan Pusat sendiri yang ‘menculik’ majlis penting tahunan Islam itu bagi mencapai matlamat kuasanya.

Malah katanya, majlis sambutan bersiri itu juga melanggar konvensyen dan adab hubungan antara kerajaan Pusat dan negeri-negeri dari segi wibawa serta bidang kuasa masing-masing.

“Adalah lebih manis dan sopan sekiranya Putrajaya mengekalkan amalan pembahagian tradisi dengan majlis masing-masing kekal sebagai acara sambutan terbesar dan utama di peringkat masing-masing, sebagai tanda hormat terhadap wibawa dan bidang kuasa itu.

“Tindakan melangkahi sempadan hormat dan adab antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dalam konteks ini jelas mencabar imej serta maruah negeri-negeri dan tentulah tidak akan menyumbang kepada hubungan baik dan saling mempercayai antara kedua-dua belah pihak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegas beliau lagi, keadaan itu juga tentulah tidak bermanfaat kepada rakyat dan negara serta usaha dan cita-cita untuk mewujudkan sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan saling mengukuhkan.

Katanya, PN juga percaya majlis secara berlebihan itu berlawanan dengan penyataan dasar dan komitmen Putrajaya untuk berjimat cermat bagi mengukuhkan kedudukan kewangannya yang didakwa terbeban dengan hutang, salah pengurusan dan pembaziran kerajaan terdahulu.

“Ini sebagaimana yang dinyatakan Perdana Menteri di Parlimen bahawa hutang dan liabiliti kerajaan kini ialah sebanyak RM1.5 trilion atau kira-kira 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Antara langkah utama yang akan diambil oleh kerajaan pimpinan beliau ialah dengan menambah baik tata kelola kerajaan kerana kononnya sejumlah besar dana kerajaan hilang susulan kelemahan pengurusan dan ketirisan yang menyebabkan hutang menjadi lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi.

“Kata-kata hanya akan membawa makna dan kesan sekiranya ia disusuli dengan langkah dan tindakan yang sama dan senada, bukan sebaliknya,” katanya.

Menurut beliau, PN juga bimbang mengenai kemungkinan berlakunya penyalahgunaan agensi dan jentera kerajaan dalam penganjuran majlis sambutan tersebut kerana motif politiknya sudah tidak boleh disorok lagi.

Justeru, katanya, kerajaan Pusat perlu memberi jaminan ia tidak berlaku, selain memastikan semua janji atau slogan tentang salah guna kuasa, penyalahgunaan jentera dan kelemahan pengurusan yang diwarwarkannya sebelum ini tidak hanya tinggal slogan dan janji di bibir semata-mata.

“Jika dilihat dari sudut mana pun, keputusan Putrajaya ini jelas berlebih-lebihan dan keterlaluan, malah kelihatan terlalu gelojoh dan sangat menjolok mata, selain tidak wajar dipertahankan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menjemput orang ramai hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Katanya, majlis tersebut akan bermula pada 29 April di Kedah dan berakhir pada 14 Mei di Selangor.

Selain itu, majlis sama turut dijadual berlangsung di Pulau Pinang (6 Mei); Negeri Sembilan (7 Mei); Kelantan (12 Mei) dan Terengganu (13 Mei).

Dalam perkembangan berasingan, Takiyuddin berkata, PN masih kecewa terhadap keputusan tidak profesional dan melanggar kontrak stesen televisyen TV3 kerana membatalkan slot takbir Hari Raya gabungan itu yang dijadual bersiaran pada jam 10.20 malam, 21 April lalu.

“Meskipun dalam e-mel yang dihantar kira-kira lima minit sebelum takbir berkenaan dijadual disiarkan, TV3 memberitahu bahawa langkah itu terpaksa diambil kerana masalah teknikal sekali gus berjanji akan memulangkan bayaran dibuat oleh PN sebelum itu.

“Namun sebagai sebuah televisyen ternama dan veteran dalam dunia penyiaran negara, PN beranggapan insiden itu tidak harus berlaku sama sekali. Malah alasan masalah teknikal sebagai punca pembatalannya juga amatlah janggal dan tidak boleh diterima,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata, PN mendesak pengurusan TV3 dan kerajaan Pusat terutamanya Kementerian Komunikasi dan Digital supaya bersikap jujur dalam isu ini sekali gus menafikan wujud campur tangan politik untuk mensabotaj siaran berkenaan atas apa-apa tujuan sekalipun.

“Integriti TV3 dan kementerian sangat bergantung kepada kesediaannya untuk bersikap telus dan profesional, terutamanya dalam menghormati kontrak dan janji yang dibuat secara sah dan formal,” katanya. - Getaran, 26 April 2023

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

Semasa 1 hari yang lalu

Program IPR ‘Durian Runtuh’ Kepada Suri Rumah, Ibu Tunggal Jana Pendapatan Lumayan

Sukan 1 hari yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Bawa Malaysia Ke Separuh Akhir Piala Thomas Selepas 8 Tahun

Politik 7 jam yang lalu

Jentera UMNO Wajib Kerja Keras Menangkan Calon Perpaduan Di KKB

oleh Rafisqi Radhi