Berita Terkini

3 jam yang lalu: Malaysia destinasi mesra Muslim terbaik OIC 3 jam yang lalu: Bali keluar panduan etika untuk pelancong 3 jam yang lalu: Bursa Malaysia akan ditutup pada 5 Jun sempena cuti umum Hari Keputeraan Agong 3 jam yang lalu: Dua remaja ditemukan lemas di Sungai Pahang 3 jam yang lalu: Zambry mulakan lawatan kerja ke Perancis dengan bertemu rakan sejawatan Catherine Colonna

IKUTI KAMI


UMNO Sabah Terima Laporan Insiden Pergaduhan, Kekecohan Dalam Pemilihan

Politik Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Mar 2023 2:45PM

Bung berkata tidak mustahil persidangan akan dibuat semula. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kekecohan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lalu.  

Beliau berkata, pihaknya menggesa agar Bahagian UMNO yang terbabit dengan insiden berkenaan, membuat laporan kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, insiden kekecohan itu antara lain membabitkan pengurusan proses pengundian, selain ahli tidak layak mengundi dalam pemilihan parti pada mesyuarat berkenaan.

“Pihak mereka (Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat) akan meneliti setiap aduan dikemukakan dan menyiasat secara terperinci.  

“Sekiranya berlaku pelanggaran Perlembagaan dan peraturan mesyuarat, tidak mustahil persidangan akan dibuat semula,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada Sabtu lalu, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu di Dewan Sri Perdana dicemari insiden pergaduhan dipercayai akibat provokasi, sehingga menyebabkan dua individu cedera.

Berdasarkan paparan rakaman video tular itu, beberapa penyokong dipercayai tidak berpuas hati lalu menaiki pentas ketika Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Mejar (B) Khalid Harun sedang berucap.

Tindakan itu menyebabkan lebih ramai penyokong menaiki pentas hingga tercetus pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad dilaporkan berkata, seorang daripada mangsa yang cedera dalam insiden pada jam 2.45 petang itu adalah kakitangan Badan Perhubungan UMNO Sabah, manakala seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Lahad Datu.

Dalam pada itu, Bung Moktar juga menyeru ahli UMNO memberikan keutamaan untuk mengembalikan semula perpaduan dalam parti serta saling memaafkan antara satu sama lain, selepas selesai pemilihan.  

Jelasnya, tindakan ini adalah sebahagian daripada usaha UMNO yang perlu dilaksanakan bagi memperkasakan kembali parti berkenaan.  

“Saya melihat pemilihan UMNO yang berlangsung serentak di seluruh negara pada Sabtu lalu sebagai ‘kemeriahan demokrasi’ apabila ramai menawarkan diri, walaupun parti itu dikatakan mengalami kemalapan.

“Kemeriahan itu membuktikan parti masih relevan walaupun tanggapan sesetengah pihak, khususnya UMNO di Sabah akan terkubur berikutan tindakan beberapa ahlinya keluar dan menyertai parti lain,” katanya.

Sementara itu, Bung Moktar menyifatkan pemilihannya selaku Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO 2023-2026 sebagai kepercayaan dan amanah diberikan perwakilan, terutama di peringkat akar umbi parti.  

Katanya, ia adalah tanggungjawab perlu dipikul serta dilaksana sebaiknya bagi memastikan perjuangan UMNO kekal demi rakyat.

“Jawatan ini datang dengan tanggungjawab dan amanah bagi membantu serta memimpin parti bersama-sama Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), Timbalan Presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan Ahli Majlis Tertinggi (MT),” katanya.

Bung Moktar yang memperoleh 160 undi dan kelima tertinggi dalam calon Ahli MKT, antara pemimpin yang terpilih ke jawatan berkenaan berdasarkan keputusan rasmi dikongsikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. - Getaran, 21 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tanggungjawab Generasi Kita Laksana MA63 - Anwar

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Sentiasa Dukung Usaha Bentuk Kerukunan Rakyat - PM

4

Politik 4 hari yang lalu

Mauduk Kita Orang Parti Perlu Diamal Secara Konsisten - Wan Rosdy

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

KP IKIM Diarah Beri Kerjasama Siasatan Insiden Bumbung Dewan Runtuh

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Majoriti Puas Hati Kestabilan Politik Kerajaan Perpaduan Pimpinan Anwar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

Semasa 1 hari yang lalu

Pembantu Jho Low Meninggal Dunia Akibat Serangan Strok Mengejut - Peguam

oleh Wartawan Getaran