web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Akmal Mahu Kembalikan UMNO Ke Puncak, ‘Ini Tanggungjawab Kita’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 2:16PM

Dr Muhammad Akmal dijulang oleh penyokongnya sebaik diumumkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jasin malam tadi. - Gambar dari Facebook Akmal Saleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dr Muhamad Akmal Saleh yang dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Jasin baharu, ‘menterjemahkan’ kemenangannya itu  sebagai platform untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti berkenaan.

Walaupun mengakui tanggungjawab itu bukan mudah, beliau berkata, usaha terbabit sudah bermula selepas meraih undi majoriti pada Pemilihan UMNO Bahagian Jasin semalam.

“Terima kasih atas kepercayaan perwakilan UMNO Jasin kepada kami untuk menjalankan tanggungjawab yang diberi.

“Kami sedar ia bukan perkara mudah untuk mengembalikan UMNO ke puncak, tetapi kami percaya ia sudah bermula dari kertas undi anda semua kepada kami semalam,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dr Muhamad Akmal berkata, tanggungjawab mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO memerlukan komitmen semua pihak dalam parti itu.

“Bantu dan doakan kami untuk menjalankan amanah ini dengan baik.

“Demi sebuah pengharapan, kita akan lakukan dengan cara kita,” katanya.

Ini kemenangan kedua Dr Muhamad Akmal pada pemilihan UMNO kali ini, apabila terdahulu beliau mencipta momen bersejarah dalam kerjaya politiknya dengan memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika saingan peringkat sayap, 11 Mac lalu.

Pada pemilihan peringkat bahagian semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu memenangi 340 undi, sekali gus menewaskan panyandang jawatan terbabit, Datuk Hasan Abd Rahman yang meraih 194 undi.

Saingan empat penjuru itu turut membabitkan ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan (151 undi) dan mantan Bendahari bahagian, Datuk Mohd Yusof Osman (21 undi).

Keputusan diumumkan Penyelia Pemilihan UMNO Bahagian Jasin, Abu Bakar Md Sudi tengah malam tadi.

Seramai 711 perwakilan membuang undi pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di Dewan Alamanda, Jasin. – Getaran, 19 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam