Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Lantikan Ahli Politik Dalam GLC Perlu Dihentikan, Jangan Biarkan Ia Jadi Barah

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 8:52PM

Thomas Fann berkata, tindakan itu dilihat bercanggah dengan pendirian kerajaan dan keputusan Kabinet yang sebelum ini menamatkan lantikan politik secara serta merta. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) membidas lantikan beberapa pemimpin politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan, yang dibuat beberapa pemimpin kerajaan perpaduan.

Pengerusinya, Thomas Fann berkata, tindakan itu dilihat bercanggah dengan pendirian kerajaan dan keputusan Kabinet yang sebelum ini menamatkan lantikan politik secara serta merta.

Menurut beliau, ketika ini, pelbagai pihak mengkritik lantikan itu dan mewujudkan persepsi negatif dengan menyifatkan langkah berkenaan sebagai ‘cakap tidak serupa bikin’.

“Masa dan perhatian mereka akan terbahagi, antara melaksanakan tugas sebagai ahli politik dengan tugasan korporat mereka. Ahli Dewan Rakyat serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sepatutnya dilarang daripada memegang jawatan dalam GLC.

“GLC adalah penjaga kekayaan dan sumber awam. Kita perlu melantik orang yang paling layak untuk menambah nilai kepada entiti korporat ini daripada menghabiskan dananya melalui gaji dan faedah yang lumayan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan, mantan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, dilantik semula sebagai Pengerusi FELCRA.

Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menangguhkan pelantikan Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi FELCRA bagi membolehkan penyelarasan lantikan di semua badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta agensi lain, dilaksanakan.

Baru-baru ini, Ahmad Zahid turut mengesahkan pelantikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA iaitu agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diterajuinya.

Minggu lalu, kerajaan juga mengumumkan pelantikan bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau PKR, Bakhtiar Wan Chik sebagai pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd.

Mengulas lanjut, Thomas berkata, lantikan politik itu dilihat telah melanggar pendirian kerajaan sebelum ini dan bakal merugikan pengundi, jika ia membabitkan wakil rakyat.

“Dalam senario terburuk, dana boleh dialihkan secara rasuah untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Dalam pada itu, Thomas turut menggesa agar Perdana Menteri mendedahkan secara terbuka pelantikan dua pemimpin UMNO itu yang dilantik sebagai Pengerusi GLC.

“Hakikat pelantikan Ahmad Jazlan diumumkan pada mesyuarat parti oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan keraguan sebelum ini bahawa ia pelantikan politik. Seharusnya hanya individu berlayakan sahaja dilantik dalam GLC, memandangkan syarikat itu penjaga sumber awam.

“Rangka kerja jelas perlu diwujudkan berhubung pelantikan mana-mana individu dalam GLC, walaupun ia melibatkan ahli politik yang pada masa itu sudah tidak lagi bergelar wakil rakyat,” katanya. - Getaran, 15 Mac 2023.

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Semasa 18 jam yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Semasa 2 jam yang lalu

Penternak Ikan Air Tawar Berdepan Risiko Kerugian Akibat Cuaca Panas

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Lempar KK Mart Bidor Dengan Bom Dikesan Menerusi CCTV