Berita Terkini

4 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 4 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 4 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 4 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 9 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Tidak Rasmi: Noraini Kekal Ketua Wanita UMNO

Politik Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 7:00AM

Noraini memperoleh 106 undi daripada 189 bahagian di seluruh negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengekalkan jawatannya itu, selepas memenangi majoriti undi pada pemilihan sayap parti berkenaan, berdasarkan keputusan tidak rasmi awal pagi ini.

Kemenangan Ahli Parlimen Parit Sulong itu, sekali gus menguburkan impian pencabar tunggalnya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk kembali menerajui sayap pergerakan berkenaan.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi itu, Noraini memperoleh 106 undi daripada 189 bahagian di seluruh negara.

Terdahulu, sejak malam tadi, jumlah undi diterima kedua-dua parti itu sengit apabila mereka saling ‘kejar-mengejar’.

Pencalonan jawatan itu mendapat perhatian ramai, apabila Shahrizat yang juga mantan Ketua Wanita UMNO, mengumumkan beliau akan membuat kemunculan semula dalam persada politik negara, dengan bersaing pada pemilihan sayap berkenaan bagi tahun 2023-2026.

Shahrizat, 70, memegang jawatan itu selama kira-kira 11 tahun antara 2009 sehingga 2018, selepas menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz pada pemilihan UMNO ketika itu dengan majoriti undi besar, iaitu 507, berbalas 280.

Bagaimanapun, Shahrizat yang juga mantan Ahli Parlimen Lembah Pantai tidak mempertahankan kerusi nombor satu Wanita ketika pemilihan pada Jun 2018.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau memandang serius suara lantang rakyat yang mahu melihat perubahan dan pembaharuan dilakukan dalam UMNO.

Pemilihan pada 2018 itu dimenangi Noraini yang menewaskan dua pencabarnya, iaitu Datuk Azizah Mohd Dun dan mantan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Dr Zaharah Sulaiman.

Lebih menarik perhatian ramai berhubung peluang besar mungkin diperoleh Shahrizat, apabila mantan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu memaklumkan beliau mendapat sokongan padu daripada penyokongnya untuk kembali menerajui pergerakan berkenaan.

Malah, 147 Ketua Wanita UMNO bahagian di seluruh negara dikatakan menyokong kemunculan beliau .

Noraini ketika mengulas mengenai pesaingnya itu berkata, beliau tidak bimbang untuk berdepan pemilihan terbabit dan menyifatkan pertembungan bagi jawatan sayap wanita berkenaan sebagai pertandingan persahabatan.

Katanya, akar umbi Wanita UMNO menyatakan hasrat untuk beliau mengekalkan jawatan dan meneruskan perjuangan dalam sayap itu.

Beliau juga menegaskan, keputusan Shahrizat yang dianggapnya sebagai mentor sayap itu untuk kembali bertanding, tidak akan mengurangkan rasa hormatnya kepada wanita berkenaan. - Getaran, 12 Mac 2023

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

Semasa 1 hari yang lalu

5 Lebuh Raya Terlibat Sistem Pembayaran Tol Terbuka - Nanta

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Batu Pahat 419 Orang Pagi Ini

Semasa 5 jam yang lalu

Penambahan 12 Lorong RFID Sudah Selesai, Lebih Awal Berbanding Perancangan Asal 

oleh Aiman Sadiq