web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN Dituduh Dalang Siasatan Rasuah: ‘Azmin Jangan Salahkan Sesiapa, Karma Itu Benar’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 11:00AM

Isham Jalil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diminta tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa, termasuk Barisan Nasional (BN) apabila beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ditangkap membabitkan kes rasuah.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, kesalahan diletakkan Mohamed Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU di bahu pihak lain itu tidak wajar kerana tangkapan terbabit adalah ‘karma dan kifarah’.

“Tadi Azmin kata pemimpin BN termasuk saya (Isham Jalil) yang kononnya jadi dalang penangkapan pemimpin-pemimpin BERSATU atas kes rasuah.

“Ini kata Azmin sebab saya sudah bagi ‘warning’ (amaran) yang mereka (pemimpin-pemimpin BERSATU) akan jadi kluster mahkamah,” katanya menerusi hantaran di Facebook tengah malam tadi.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid031ft5pLWrQLWzsMMnEnVDkg29cqyQX6Ygav4mTtqYJtvu9z1Zoi9MKssYL6JZvNK6l&id=100044476781936&mibextid=5zvaxg

Beliau turut memuat naik artikel diterbitkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan bertajuk “BN is using its status in government to threaten the opposition with legal action, says Azmin” (BN menggunakan statusnya dalam kerajaan untuk mengancam pembangkang dengan tindakan undang-undang).

Menjelaskan kenyataan Mohamed Azmin itu, Isham Jalil berkata, isu beliau mengatakan bahawa pemimpin pembangkang akan menjadi Kluster Mahkamah 2.0, sudah ditegaskan sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, mungkin pihak terbabit tidak sedar mengenai apa diperkatakan beliau kerana sedang sibuk mengambil wang rakyat.

“Azmin, saya sudah cakap yang kamu dan kawan-kawan kamu akan jadi Kluster Mahkamah 2.0 sejak sebelum PRU-15 lagi, cuba lihat video-video ucapan saya tahun lepas.

“Masa itu puak-puak kamu tidak perasan sebab mungkin sedang sibuk sakau duit rakyat berbillion.

“Kini kamu kena jawab di muka pengadilan dan tidak boleh lari lagi. Jangan salahkan sesiapa apabila kamu ditangkap makan rasuah. Karma dan kifarah itu benar,” katanya.

Semalam, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menerusi hantaranya di Facebook, Muhyiddin berkata, laporan media yang mendakwa beliau ditahan di padang golf semalam adalah berita palsu.

Bendahari Agung BERSATU, Datuk Salleh Bajuri turut ditahan SPRM pada 2 Februari lalu, selepas diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberikan keterangan berkenaan pembayaran dibuat parti itu kepada pembekal dan vendornya.

Manakala, pada 21 Februari lalu pula, mantan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu, namun beliau mengaku tidak bersalah.

Pada hari sama, Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, dihadapkan ke mahkamah serupa atas dua pertuduhan, termasuk menerima rasuah RM500,000 membabitkan projek Jana Wibawa.

Akhir bulan lalu, SPRM membekukan beberapa akaun milik BERSATU, dipercayai ada kaitan dengan siasatan suruhanjaya itu terhadap dana RM92.5 billion milik kerajaan yang didakwa diseleweng PN semasa menjadi kerajaan, ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19. - Getaran, 9 Mac 2023

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Politik 47 minit yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad