web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Karut Sungguh’, Pemimpin BERSATU Bantah PEJUANG Sertai PN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 7:36PM

Faiz berkata, bantahan itu kerana permohonan tersebut dilihat sebagai tindakan terdesak daripada pihak yang kalah teruk pada PRN-15. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membantah permohonan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Faiz Na’aman berkata, bantahan itu kerana permohonan tersebut dilihat sebagai tindakan terdesak, oportunis dan tiada prinsip daripada pihak yang kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November tahun lalu.

“Secara peribadi saya membantah permohonan PEJUANG untuk menyertai PN.

“Ini kerana bagi saya ia tindakan terdesak, oportunis dan tiada prinsip pihak yang kalah teruk dalam PRU lalu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Faiz turut menyifatkan bahawa ‘puak’ tersebut sebagai ‘karut sungguh’.

Getaran hari ini melaporkan, Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan pihaknya berhasrat menjadi parti komponen PN, demi memastikan tiada perpecahan undi Melayu dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya, beliau sudah menghantar surat kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memohon hasrat PEJUANG itu diterima, selain mengemukakannya kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Gerakan (GERAKAN), Datuk Dr Dominic Lau.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu, PEJUANG yang juga parti serpihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), kalah teruk dengan kesemua calonnya, termasuk mantan Pengerusi dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hilang wang deposit.

Awal bulan lalu pula, Dr Mahathir bersama 12 lagi ahlinya mengumumkan keluar daripada parti itu.

Menurut notis kepada Setiausaha Agung PEJUANG, Datuk Amiruddin Hamzah, keputusan itu dibuat mereka berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA).

Dr Mahathir kemudian mengumumkan beliau dan 12 individu terbabit memilih Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) sebagai platform untuk memperjuangkan hak orang Melayu tanpa mengetepikan kepentingan kaum lain. - Getaran, 2 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad