web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ramai Tanya Kenapa Balik Bertanding, Jawapan Saya… - Shahrizat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 9:44AM

Shahrizat Abdul Jalil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, keputusannya untuk bertanding semula ke jawatan itu pada pemilihan kali ini, semata-mata mahu membantu menaikkan semula prestasi dan sokongan kepada parti berkenaan.

Beliau berkata, ketika ini UMNO berada pada tahap paling kritikal.

Justeru, beliau mahu menawarkan khidmat untuk membantu parti itu pulih kembali.

“Rindu ya lama kita tak bersua, tapi Kak Ijat (Shahrizat) tak pernah lupakan puan-puan semua, sentiasa berada dalam ingatan, dalam hati.

“Ramai tanya Kak Ijat kenapa pula nak balik bertanding, kenapa tidak, kalau kita nak bantu (adalah) masa orang susah, masa parti susah.

“Ini sekarang ni parti berada pada tahap paling kritikal, sebab tu Kak Ijat nak bantu naikkan semula prestasi dan sokongan kepada UMNO,” katanya menerusi rakaman video pendek dimuat naik di UMNO Online.

Terdahulu, Getaran melaporkan, Shahrizat yang juga mantan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengesahkan beliau akan bertanding merebut jawatan tersebut pada pemilihan parti kali ini.

Keputusannya itu dikatakan menerima reaksi positif dalam kalangan majoriti Ketua Wanita UMNO Bahagian seluruh negara apabila seramai 147 atau separuh daripada mereka, menyatakan sokongan supaya Shahrizat kembali menerajui kepimpinan sayap parti itu.

Perkara berkenaan dilaporkan dimaklum Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah menerusi kenyataan.

Beliau berkata, semua 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian itu sudah mengadakan pertemuan dengan Shahrizat.

Selain itu, media melaporkan, wakil Shahrizat menyerahkan borang pencalonannya pada 17 Februari lalu di Ibu Pejabat UMNO di sini.

Ia bermakna Shahrizat, 69, akan menentang penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Ketika penglibatan aktifnya dalam politik sebelum ini, Shahrizat menerajui Wanita UMNO pada 2008 hingg 2018.

Pernah berkhidmat dalam kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak, Shahrizat dikenali sebagai pemimpin wanita yang lantang bersuara memperjuangkan isu serta hak  kaum hawa dan kanak-kanak. - Getaran, 27 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek