web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isteri Saiful Bukhari Tanding Jawatan Exco Wanita UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 3:30PM

Nik Suryani menyerahkan borang pencalonannya, Isnin lalu. - Gambar UMNO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas penyampai berita TV3, Nik Suryani Megat Deraman menawarkan diri bertanding merebut jawatan Exco Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan kali ini.

Nik Suryani yang juga isteri kepada Saiful Bukhari Azlan mengesahkan sudah menghantar borang pencalonannya di Auditorium Menara Dato’ Onn di sini pada jam 4.30 petang, Isnin lalu.

Menurut Ahli UMNO Cawangan Kubang Kepong itu, hasrat tersebut turut mendapat restu daripada ahli keluarga, suami dan ketua UMNO bahagian kawasannya.

“Sebagai ahli UMNO sejak tahun 2012, dengan rendah diri saya menawarkan diri bertanding jawatan Exco Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan parti kali ini.

“Hasrat saya menawarkan diri ini adalah untuk meneruskan kesinambungan perjuangan, pengorbanan dan khidmat bakti Wanita UMNO kepada negara sejak sebelum Merdeka,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya lagi, dia juga ingin berkongsi pengalaman selaku pengamal media dan industri kreatif yang diceburi sejak lebih 20 tahun lalu.

“Mudah-mudahan dengan sumbangan kecil saya ini, dan juga seluruh ahli UMNO, parti keramat ini akan terus mara, relevan, sebagai wadah membela agama, bangsa dan tanah air tercinta,” katanya.

Nik Suryani adalah bekas wartawan dan personaliti TV3 yang kini bergiat aktif dalam dunia perniagaan, media dan industri kreatif.

Perkahwinannya dengan Saiful Bukhari yang juga bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menggemparkan negara pada Mei 2013.

Saiful Bukhari sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pernah diliwat Anwar di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.

Pemilihan bagi jawatan sayap-sayap UMNO termasuk Wanita akan berlangsung pada 11 Mac ini, seminggu sebelum pemilihan di peringkat pusat yang dijadualkan pada 18 Mac. - Getaran, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Mahu Lahirkan Kepimpinan Yang Berani, Saifuddin Tawar Bertanding MPP 

2

Politik 3 tahun yang lalu

Peja Sahkan Tak Tanding PRN, ‘Tugas Saya Perkuat Jentera Parti’

3

Politik 3 tahun yang lalu

Azmin Beri Bayangan Tidak Bertanding PRN

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Michelle Hantar Notis Letak Jawatan CEO ABM - BAM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan