web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Raikan Perbezaan Pendapat - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 9:03AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau meraikan perbezaan pendapat dalam kalangan ahli UMNO, namun tidak akan berkompromi sekiranya ada antara mereka menyentuh soal integriti parti itu.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana beliau amat mementingkan kesatuan dalam parti berkenaan.

“Saya meraikan perbedaan pendapat, silakan bercakap tetapi apabila integriti parti disentuh, saya tidak boleh berkompromi lagi dalam perkara ini, yang penting ialah soal kesatuan dalam parti itu.

“Penyatuan pemikiran dalam kalangan kepimpinan, penyatuan hati nurani dalam kalangan kepimpinan, penyatuan tindakan pelaksanaan kepada aktiviti jentera parti ini harus diutamakan dan ini mungkin sukar difahami tetapi tidak sukar untuk saya laksanakan,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Ahmad Zahid berkata apa yang penting ialah soal kesatuan dalam parti itu. - Gambar Fail
Ahmad Zahid berkata apa yang penting ialah soal kesatuan dalam parti itu. - Gambar Fail

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata dalam sesebuah parti, tidak seharusnya ada 'gunting dalam lipatan' atau 'duri dalam daging'.

''Serangan bukan hanya datang dari luar (parti), kita kenal musuh di luar, kita kenal juga musuh di dalam, baling batu sembunyi tangan sangat banyak, tetapi saya harus bersangka baik dengan semua orang dalam perkara ini.

“Tetapi sebagai seseorang yang diberikan amanah untuk memimpin sebuah parti terbesar orang Melayu dan Islam, adakah saya mahu membiarkan keadaan itu terus berlaku? Saya mesti berusaha bukan saya benci, tidak ada satu zarah, satu molekul rasa benci kepada mana-mana individu, tetapi parti mesti diselamatkan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 52 minit yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad