web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Lebih Ramai Akan Tinggalkan UMNO, Sertai Saya Masuk PKR’ - Zahidi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 11:45AM

Zahidi Zainul Abidin merancang menyerahkan borang keahliannya untuk menyertai PKR pada 4 Februari ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendedahkan akan menyertai PKR dan mendakwa ramai pemimpin parti itu bakal mengikut jejak langkahnya dalam masa terdekat.

Zahidi yang juga mantan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia memberitahu Sinar Harian, antara pemimpin yang akan meninggalkan UMNO termasuk mereka yang memegang jawatan tertinggi di peringkat nasional.

Malah katanya, beliau merancang menyerahkan borang keahliannya untuk menyertai PKR pada 4 Februari ini.

“Akan ada kira-kira 100 ahli UMNO Bahagian Padang Besar yang merancang untuk menyertai (menyerahkan borang keahlian) PKR pada 4 Februari ini. Dijangka banyak cawangan (UMNO) di Padang Besar akan dibubarkan,” katanya.

Zahidi yang digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) oleh Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat juga ahli UMNO yang akan menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Ini semua sebab mereka tidak bersetuju dengan cara Presiden,” katanya.

Selepas digugurkan pada PRU-15, Zahidi mempertahankan kerusi Parlimen Padang Besar yang disandangnya selama dua penggal sebagai calon bebas sehingga menyebabkan beliau kehilangan keahlian UMNO secara automatik.

Pada malam Jumaat lalu, UMNO menjalankan proses pembersihan parti secara besar-besaran apabila memecat 44 pemimpin parti itu atas alasan kesalahan pelanggaran disiplin sewaktu PRU-15.

Pemimpin berprofil tinggi yang dipecat ialah mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan mantan Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Selain itu, beberapa pemimpin lain turut digantung keahlian selama enam tahun termasuk mantan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan. —The Vibes, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad