web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buatlah Aduan Sendiri, Kenapa Perlu Guna Orang Bawahan - Mohd Puad

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 9:43AM

Mohd Puad Zarkashi - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) seharusnya bertindak sendiri dengan membuat aduan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), berbanding mengharapkan pihak ketiga untuk berbuat demikian.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, senario tersebut menampakkan seolah-olah bekas Ahli Parlimen Rembau itu hanya berani bersuara di belakang tabir.

Menurut beliau, tindakan mempergunakan orang bawahan itu  dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak masuk akal.

“KJ puji dua ahli UMNO yang buat aduan RoS sebagai berani dan waras. Ia berkaitan usul tiada pertandingan jawatan nombor satu dan dua.

“Berani atau dipergunakan? Sepatutnya orang ataslah yang buat aduan. Itu baru berani namanya,” katanya, sinis.

Khairy Jamaluddin - Gambar fail
Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Mohd Puad menyatakan semikian sebagai sebagai reaksi terhadap kenyataan dibuat Khairy semalam, yang memuji tindakan berani dua ahli UMNO membuat laporan kepada RoS.

Ia susulan keputusan dibuat pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) yang meluluskan usul tambahan dibawa perwakilan Negeri Sembilan, agar dua jawatan tertinggi parti iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Keputusan berkenaan ternyata mewujudkan reaksi berbeza dalam UMNO, apabila pemimpin seperti Khairy dan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan lantang mempersoalkan rasional di sebaliknya.

Hishammuddin juga adalah sebahagian daripada Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Khairy menerusi hantaran di Instastory semalam berkata, beliau yakin dengan kredibiliti RoS untuk membuat semakan terhadap usul dibawa di PAU 2022 itu.

“Well done guys, ada yang masih berani dan waras dalam UMNO. Saya yakin dengan kredibiliti RoS untuk buat semakan terhadap usul Rembau di PAU,,” katanya.

Mengulas kenyataan itu, Mohd Puad berkata, Khairy tidak sepatutnya bersandar kepada dua ahli bawahan jika benar beliau tidak bersetuju dengan keputusan meluluskan usul tambahan tersebut.

“Jangan guna orang bawah apatah lagi kalau bekas pegawai sendiri. Itu waras ke?,” tempelaknya. - Getaran, 21 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Semasa 31 minit yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad