web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ini Masa Terburuk Untuk Kemelut Politik – Tangau

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 1:04PM

Wilfred Madius Tangau menegaskan Sabah tidak boleh berterusan dilanda krisis politik walaupun kerajaan negeri itu memiliki hak sendiri - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Mantan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menegaskan Sabah tidak boleh berterusan dilanda krisis politik walaupun kerajaan negeri itu memiliki hak sendiri.

Menurut beliau, pemimpin di belakang kemelut politik minggu lepas, walau apa pun justifikasi mereka, harus membenarkan kerajaan negeri ketika ini berkhidmat sehingga 2025.

Ini merujuk kepada dakwaan Warisan dan Barisan Nasional (BN) bahawa Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Mohd Noor hilang keabsahan sebagai Ketua Menteri selepas meletak jawatan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 10 Disember lalu.

Mereka memetik Perkara 6 (7) Perlembagaan negeri sebagai asas hujah yang menyatakan Ketua Menteri Sabah mesti datang daripada parti politik.

“Terlalu teknikal untuk saya lihat (sama ada terdapat pelanggaran Perlembagaan). Tetapi tanpa mengira apa yang didakwa, kami (PH) bertindak berdasarkan prinsip dan itu tidak membenarkan penubuhan kerajaan ‘pintu belakang’.

“Apa pun, tinggal dua tahun lagi untuk pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Mereka yang berminat untuk berada di kerusi ‘pemandu’ boleh mencuba untuk menang pada PRN akan datang.

“Mereka boleh melakukannya semasa pilihan raya. Tetapi kita harus membenarkan kerajaan ini diteruskan, terutamanya apabila kerajaan Persekutuan berada dalam kedudukan untuk menyampaikan hak negeri kita,” katanya.

Beliau juga memetik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Sabah dan Sarawak kini akan mempunyai kawalan penuh ke atas projek pembangunan di bawah RM50 juta sebagai salah satu contoh negeri di Malaysia Timur memperoleh semula hak mereka.

Tangau berkata, ini bermakna Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah kini akan diiktiraf sebagai sebuah agensi teknikal, satu kuasa yang tidak pernah dimiliki oleh jabatan itu sebelum ini.

UPKO, sebahagian parti komponen Pakatan Harapan, kini memimpin kerajaan negeri yang diketuai oleh GRS berikutan rombakan Kabinet berpunca daripada keputusan BN untuk menarik kerjasama politiknya.

 

Suruhanjaya air di Sabah

Mengenai skandal “Watergate” Sabah, Tangau berkata, beliau akan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk menubuhkan Suruhanjaya Air Sabah bagi meningkatkan integriti jabatan dan perkhidmatan air yang mencetuskan kontroversi di negeri itu.

Jelasnya, semua mata tertumpu kepada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) selepas timbul dakwaan berhubung skim sogokan sistemik yang menguntungkan individu berkuasa tinggi dan beberapa pegawai kanan ketika negeri itu masih terperangkap dengan isu gangguan bekalan sejak berdekad lamanya.

“Minggu ini saya akan melawat loji rawatan air di kawasan saya bersama Pegawai Daerah Tuaran dan kemudian bertemu dengan Menteri Kerja Raya negeri, Datuk Shahelmey Yahya untuk mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Air.

“Saya akan mengesyorkan kepada Shahelmey untuk mengubah jabatan itu kepada suruhanjaya untuk menyelaraskan negeri dengan kerajaan persekutuan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).”

Tambah beliau, SPAN sebaliknya boleh memberi tumpuan kepada isu bekalan air di semenanjung.

Shahelmey berikrar akan mengambil tindakan sekiranya dakwaan mengenai skim sogokan sejak berdekad lamanya di JANS terbukti benar.

Mantan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah, Teo Chee Kong memberitahu mahkamah khas rasuah di sini bahawa senarai komisen telah diserahkan kepada pengarah (5 peratus), juruukur bahan (3 peratus), ketua jurutera air, dan akauntan (1 peratus) dari 1989 hingga September 2003.

Ia didakwa disemak oleh mantan Pengarah JANS, Ag Mohd Tahir Mohd Talib kepada 10.75 peratus.

Chee Kong memberi keterangan dalam perbicaraan Ag Mohd Tahir, 58, dan isterinya, Fauziah Piut, 55, yang dibicarakan bersama Lim Lam Beng, 66, terhadap 37 pertuduhan pengubahan wang haram, melibatkan wang tunai dan simpanan bank berjumlah RM61.57 juta, serta pemilikan barangan mewah yang menyalahi undang-undang. – The Vibes, 16 Januari 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 21 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan