web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wajar Wujudkan Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan - Khalid Samad

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 7:10AM

Majlis seperti Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) itu dicadangkan agar membariskan semua pemimpin tertinggi gabungan kerajaan merangkumi PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan wajar diwujudkan sebagai satu platform khas bagi setiap parti dalam kerajaan untuk menyelaras dan mencari titik sepakat sesama mereka.

Majlis seperti Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) itu dicadangkan agar membariskan semua pemimpin tertinggi gabungan kerajaan merangkumi PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abd Samad berkata, aspek komunikasi antara rakan adalah amat penting dalam sebarang bentuk kerjasama.

Bercakap kepada Getaran, mantan menteri itu berkata, soal kefahaman mengenai objektif yang hendak disampaikan juga tidak kurang pentingnya.

"Aspek persetujuan berhubung lawan yang sama dan mengapa perlu dilawan turut penting dalam sesebuah kerjasama.

"Selain itu, wajar juga diberi tumpuan kepada soal manfaat yang diperoleh bersama dalam kerjasama berkenaan," katanya ketika dihubungi.

PH sejak awal penubuhannya amat sinonim dengan Majlis Presiden yang terdiri daripada barisan pemimpin tertinggi parti komponen gabungan tersebut.

Majlis Presiden PH berfungsi sebagai platform untuk membuat semua keputusan besar dalam gabungan berkenaan, menerusi amalan berbincang sesama kepemimpinan tertinggi.

Sebelum ini, wujud persepsi melibatkan kegagalan komunikasi politik ketika kerajaan PH menerajui negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hingga mereka tumbang selepas 22 bulan. - Getaran, 15 Januari 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 20 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja