web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rombakan Kabinet Sabah Perkukuh Kerajaan Negeri, Bentuk Satu Pasukan Kuat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 1:56PM

Hajiji Noor - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rombakan Kabinet Sabah yang diumumkan hari ini perlu dilakukan demi mengukuhkan kerajaan negeri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri memerlukan satu pasukan yang kuat.

Menyedari keperluan untuk membentuk satu pentadbiran inklusif, Hajiji berkata, beliau telah menyenaraikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Harapan (PH) sebagai tambahan, selain wakil UMNO/Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Adalah penting bagi kerajaan negeri di bawah pimpinan saya dapat berfungsi sebagai satu pasukan yang bersatu padu, dengan berkongsi aspirasi sama yang dibina atas kepercayaan dan saling menghormati.

“Kerajaan negeri berazam untuk mempunyai pemimpin yang punya iltizam yang sehaluan dan menghargai setiap keperluan, bagi memastikan usaha membangunkan negeri berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang gangguan seperti diharapkan oleh rakyat.

“Kestabilan politik adalah penting untuk mencapai matlamat ini,” katanya menerusi kenyataan.

Hajiji hari ini mengumumkan barisan kabinet negeri baharu yang menyaksikan pengguguran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bung Moktar yang sebelum ini menyandang portfolio Timbalan Ketua Menteri l dan Menteri Kerja Raya baru-baru ini mengumumkan penarikan semula sokongan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Apa yang menarik, barisan Kabinet baharu negeri turut disertai ADUN Pakatan Harapan iaitu ADUN Api-api, Datuk Christina Liew sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar sementara ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe diumumkan sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian.

Dalam pada itu, Hajiji memberitahu, pasukan baharu itu akan memastikan pelaburan dinamik kerajaan negeri dapat dikekalkan, seterusnya meningkatkan keyakinan pelabur agar berupaya menarik kehadiran mereka ke Sabah.

“Kita perlu memastikan momentum pembangunan kita terus maju ke hadapan dan seterusnya dapat memenuhi janji-janji pilihan raya kepada rakyat dan negeri,” katanya. - Getaran, 11 Januari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan