web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Gerakan Singkirkan Muhyiddin, BERSATU Semakin Goyah? 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 7:05AM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesetiaan barisan kepemimpinan BERSATU terhadap presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa semakin goyah.

Mengukuhkan dakwaan itu, beberapa sumber dalaman parti berkata, ketika ini seakan wujud gerakan untuk menyingkirkan Muhyiddin sebagai Presiden BERSATU dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ramai dalam kalangan pemimpin BERSATU mula hilang keyakinan terhadap kepimpinan Muhyiddin yang didakwa lebih mengutamakan dendam peribadi berbanding kepentingan parti.

Menurut beliau, terdapat segelintir pemimpin BERSATU yang menyimpan rasa marah terhadap mantan Perdana Menteri itu, susulan kegagalan PN meraih majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan.

Nur Jazlan Mohamed
Nur Jazlan Mohamed

“Mereka marah sebab Muhyiddin bersikap acuh tak acuh dalam berunding dengan BN (Barisan Nasional)  sehingga UMNO mengambil keputusan bekerjasama dengan PH (Pakatan Harapan) untuk bentuk kerajaan perpaduan. Jadi mereka terpaksa berputih mata dan kempunan untuk menjadi menteri sekali lagi.

“Sebab itulah ada kumpulan dalam BERSATU yang mula atur gerakan untuk singkirkan Muhyiddin daripada terus memimpin parti itu dan PN. Lagipun mereka merasakan masa Muhyiddin sudah berlalu dan dia tak ada lagi X-Factor untuk membawa BERSATU serta PN untuk masa depan,” katanya.

Hamzah telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang.
Hamzah telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Nur Jazlan berkata, pelantikan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang seakan mengesahkan semua dakwaan tersebut.

“Mengapa Hamzan dan bukannya Muhyiddin? Mungkin Ahli Parlimen BERSATU merasakan Ahli Parlimen Pagoh itu sudah hilang aura dan sudah expired. 

“Lagipun, Muhyiddin juga sudah kehilangan sengat bila orang-orang kanan mereka seperti Timbalan Presiden, Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) dan Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) kecundang di kerusi masing-masing pada PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15),” katanya.

Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Pulai menegaskan, cengkaman Muhyiddin semakin tumpul dalam BERSATU sehinggakan sudah ada yang berani mengkhianati beliau.

“Begitulah adat permainan dan pusingan roda dalam politik serta hidup. Jangan sesekali buat jahat pada orang lain kerana sampai masanya, Allah SWT akan balas segala kezaliman itu dengan kezaliman. 

“Jangan rasa diri terlalu megah dan angkuh kerana bila tiba masanya kita akan tersungkur juga. Jadi sekarang ini adalah fasa untuk Muhyiddin rasa sakit, pedih dan sedih bila dikhianati orang sendiri,” katanya, sinis.

Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu menarik perhatian, Muhyiddin perlu bersedia menerima hakikat bahawa setiap perbuatan khianat dan zalim yang dilakukan terhadap pemimpin dan ahli UMNO sudah mula menerima pembalasan.

“Begitu juga dengan orang-orang UMNO yang selama ini berkomplot dan bersekongkol dengan Muhyiddin untuk menjahanamkan parti, mereka juga kena bersedia untuk menerima hukuman atas perbuatan jijik mereka itu.

“Kalau orang dalam BERSATU sendiri sudah tak yakin dengan Muhyiddin dan parti itu, apatah lagi orang luar. Cuba kita lihat Annuar (Tan Sri Annuar Musa) yang kena pecat oleh UMNO minggu lepas, dia bukannya pilih untuk masuk BERSATU padahal selama ini dia banyak mengampu Muhyiddin,” ujarnya.

Nur Jazlan mengulas lanjut, Annuar sebaliknya memilih untuk menghidupkan persatuan Muafakat Nasional yang ditubuhkannya sejak dari awal lagi. 

“Nampak sangat bekas MP (Ahli Parlimen) Ketereh itu yang dulu-dulu menjilat, mengampu dan membodek Muhyiddin bukannya sebab dia sukakan Muhyiddin, tapi dia buat semua itu demi keuntungan peribadi semata-mata.

“Bila PN gagal jadi kerajaan dan Muhyiddin pula tak ada kuasa sebagai PM seperti sebelum ini, Annuar pun dah tak nak dekat dengan dia. Nampaknya Annuar pun macam mula nak berpaling tadah dari Muhyiddin, BERSATU dan PN. Mungkin Annuar nak mula mengampu pemimpin PAS sebab dia nampak peluang untuk bertanding lagi dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) Kelantan,” katanya. - Getaran, 16 Disember 2022


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar