web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Tengok-Tengok Dia Syok Main Api, Apa Lagi Terbakarlah Rumah Tu’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 7:00AM

Najib dipercayai merujuk kepada Annuar Musa yang sendiri bermain api dalam UMNO. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas kenyataan tersirat mantan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipercayai ditujukan kepada UMNO setelah dipecat, kini giliran Datuk Seri Najib Razak berkongsi kisah ‘rumah terbakar’.

Menerusi perkongsian di Facebook, Najib yang juga mantan Presiden UMNO berkata, terdapat sebuah keluarga tetapi kedua-dua orang tua mereka tiada di rumah.

Menurut beliau, rumah tersebut memerlukan pengubahsuaian dan abang sulung sebagai ketua dan ahli keluarga sedang bermesyuarat.

“Macam-macam bagi pendapat tetapi keluarga semua tahu, kita kena settle dulu apa yang perlu buat.

“Bagi rumah ok dulu. Siapa nak tidur bilik satu, bilik dua, tidur kat ruang tamu, itu nanti,” katanya.

Namun mantan Perdana Menteri itu berkata, terdapat seseorang dalam rumah berkenaan berpakat dengan beberapa sepupunya untuk mencetuskan masalah.

“Hari-hari main bunga api. Bising. Tak tolong tak apa. Tetapi buat bising hari-hari. Ada satu hari jerit kuat-kuat ‘api, api!’,” katanya.

Meskipun tidak menamakan siapa individu terbabit, Najib dipercayai merujuk kepada Annuar yang sendiri bermain api dalam UMNO.

“Tengok-tengok dia yang syok main dengan api, nak nyala meriam buluh kat pintu rumah dengan sepupu-sepupu. Apa lagi, terbakarlah rumah tu.

“Keluarga yang tengah berbincang tu pun keluar nak padamkan api, nak pastikan api tak merebak, usaha lagi nak tambah baik rumah,” katanya.

Malah katanya, dalam rumah terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan tetapi ada individu sanggup mencari ‘ejen’ untuk menjual rumah tersebut.

“Berpuluh juta sanggup dia ambil, jual tanah pusaka yang kononnya disayangi dan didiami lama.

Last-last buat cerita sedih, hanya mampu tengok rumah dari luar pagar sahaja ketika ini,” katanya.

Terdahulu, Annuar mendakwa UMNO ibarat sebuah rumah pusara yang sedang terbakar sehingga menyebabkan ramai penghuninya lari, tetapi mereka yang berusaha memadamkan kebakaran itu, ditarik keluar daripada api yang sedang marak.

Dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam semalam, selain Annuar, dua lagi pemimpin akar umbi yang dipecat adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Shamsiah dan Fatimah bulan lalu digantung sementara seluruh jawatan mereka atas dakwaan terbabit secara langsung atau tidak langsung, menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Shamsiah adalah isteri kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim manakala Fatimah pula isteri kepada Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Kedua-dua Ahli Parlimen itu bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15 baru-baru ini.

Keputusan pemecatan itu diumumkan Ahli MKT, Datuk Mohd Puad Zarkashi ketika ditemui media di Menara Dato’ Onn di sini, selepas selesai mesyuarat dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah pemecatan itu turut disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam yang memaklumkan keputusan terhadap Annuar, Shamsiah dan Fatimah berkuat kuasa serta-merta.

“UMNO mempunyai hak untuk melucutkan keahlian mana-mana pemimpin parti itu sekiranya didapati melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO dan perkara mengenai tata etika ahli.

“Surat rasmi perlucutan keahlian akan dihantar hari ini (semalam),” katanya. - Getaran, 10 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

3

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi