Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ceramah Sepentas PH-BN Di Tioman Cipta Sejarah, Tekan Perpaduan Demi Rakyat

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 11:00AM

(Dari kiri) Wan Rosdy, Mat Sabu dan Amirudin Shari berkongsi pentas ketika berkempen untuk PRK DUN Tioman, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ia menjadi detik bersejarah dalam politik Malaysia apabila Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang baru mencapai persetujuan untuk membentuk kerajaan perpaduan, berkempen bersama untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Pahang, malam tadi.

Dalam apa yang tidak dapat dibayangkan hanya sebulan yang lalu, kedua-dua pemimpin parti itu berkumpul dalam satu ceramah di DUN Tioman, satu peristiwa yang disifatkan mereka sebagai detik penting.

Berikutan permusuhan yang menjangkau beberapa dekad, ini adalah kali pertama kedua-dua pemimpin parti itu berkongsi pentas di peringkat kempen pilihan raya yang sama.

Ia adalah pemandangan yang menarik apabila ahli politik PH menyokong calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain, kepada pengundi.

Antara pemimpin tertinggi yang hadir adalah Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Pahang yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Cukup tepat, kandungan ucapan mereka mempunyai tema sama kepada gabungan itu iaitu kepentingan perpaduan demi "rakyat" dan bagaimana kerjasama mereka mencipta era baharu bagi Malaysia.

Berucap kepada orang ramai yang hadir, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, memulakan ucapannya dengan mengimbau upacara angkat sumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Khamis lalu, apabila beliau berkongsi meja yang sama dengan pemimpin UMNO selepas tamat majlis itu.

“Saya sedang makan semeja dengan (Presiden UMNO) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan (Timbalan Presiden) Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Mereka berkata kepada saya, ‘kami mahu mendengar bagaimana kamu akan menyampaikan ceramah di hadapan UMNO selepas lebih empat puluh tahun menyerang kami’. Saya menjawab dengan berkata: ‘Dimana saya (patut) mulakan?” katanya.

Mohamad kemudiannya berkata, dalam politik tidak mustahil pemain bertukar kawan asalkan kekal setia terhadap matlamat dan perjuangan.

Beliau menegaskan kerjasama antara PH dan BN di Tioman akan membawa kepada era politik baharu.

“Malam ini adalah lembaran baru dalam politik Malaysia. Kerjasama kita masih di peringkat rundingan. Pasukan kami masih membincangkan, antara lain, apa yang hendak dinamakan gabungan kami. Tetapi apa yang penting sekarang ialah memastikan calon BN menang di DUN Tioman.

“Ini adalah permulaan kerjasama untuk membina Malaysia baharu, demi kepentingan rakyat,” katanya.

Kemudian, ketika ditemui media, Mohamad mengakui berasa gementar apabila dikerumuni pemimpin UMNO di atas pentas yang sama buat kali pertama dalam karier politiknya.

Pada Selasa, Setiausaha Agung AMANAH, Datuk Mohd Hatta Md Ramli telah mengumumkan keputusan komponen PH menarik calonnya, Mohd Fadzli Mohd Ramly, daripada bertanding di Tioman bagi menghormati kerajaan Pahang yang baru dibentuk terdiri daripada BN dan PH.

Ini susulan persetujuan awal di peringkat Persekutuan untuk kedua-dua gabungan itu bekerjasama dalam pembentukan kerajaan perpaduan yang diketuai Anwar yang juga Pengerusi PH.

Berbeza dengan PH, PN membuat terlalu banyak tuntutan, tidak ikhlas

Dalam ucapannya, Wan Rosdy memberitahu bagaimana selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Amirudin yang juga Pengerusi PH Pahang menghubungi beliau dengan menyatakan kesediaan gabungan itu untuk bekerjasama membentuk kerajaan negeri tanpa sebarang syarat demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat.

Wan Rosdy yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang pada Isnin lalu berkata, keadaan ini sangat berbeza dengan Perikatan Nasional (PN), yang menetapkan beberapa syarat  untuk mencapai persetujuan dengan BN.

Tambahnya, tuntutan itu termasuk PN diberi jawatan Menteri Besar dan Speaker negeri, serta bilangan exco yang sama dengan BN di DUN Pahang.

“Saya dapat melihat bahawa mereka tidak bersedia untuk berbincang. Mereka sudah menetapkan tuntutan mereka.

“Saya beritahu mereka bahawa saya telah menerima tawaran tanpa syarat daripada PH, demi kestabilan,” katanya.

Setelah mempertimbangkan kedua-dua pilihan itu, Wan Rosdy berkata, UMNO dan BN memutuskan untuk bekerjasama dengan PH, melihat keikhlasan gabungan tersebut berkhidmat kepada rakyat.

“Kami mengetepikan ego kami dan membuat kompromi kerana kami mahu bersama rakyat. Jika kami tidak bekerjasama dengan PH, mustahil untuk membentuk kerajaan negeri hari ini,” katanya.

Amirudin berkata, keputusan PH untuk bekerjasama dengan BN di peringkat Persekutuan dan negeri dibuat ke arah merealisasikan Malaysia yang berbilang kaum dan keperluan perpaduan di negara ini.

Sementara itu, mantan pemimpin PAS Datuk Khairuddin Aman Razali yang kini bersama BN, mengecam tindakan bekas partinya yang menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan yang disifatkannya terbaik untuk rakyat. PAS adalah komponen PN.

“Ya, kami ada perbezaan. Allah mencipta manusia supaya kita ada ideologi politik kita sendiri. Tetapi kita boleh mencari titik persamaan demi kepentingan masyarakat. Ini yang Islam ajar kita,” katanya.

Khairuddin juga membidas PAS kerana bersikap hipokrit dalam mengkritik keputusan BN untuk bekerjasama dengan PH.

Beliau menunjukkan bagaimana pada 2008 parti itu juga bergabung dengan PKR dan DAP untuk membentuk kerajaan Selangor dan Perak, justeru melahirkan gabungan Pakatan Rakyat sebelum PH dibentuk.

“Jika mereka boleh (melakukan itu) pada 2008, kenapa tidak (kita) pada 2022? Jika mereka boleh bekerjasama di Perak dan Selangor, kenapa tidak kita di Pahang?” katanya. - The Vibes, 1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Gaya 4 bulan yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

3

Jelajah 4 bulan yang lalu

Lotus's Kongsi Kegembiraan Menerusi Kempen Playful And Joyful Moments

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air - Amirudin

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Undi Pemilih India, Orang Asli Penentu Keputusan PRK KKB - Penganalisis

oleh Diyana Nawwar