web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zahid Tinggalkan Bangunan UMNO Selepas Didesak Letak Jawatan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 4:48PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Menara Dato’ Onn dekat Pusat Dagangan Dunia di sini, kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dilihat meninggalkan bangunan tersebut dengan menaiki sebuah kenderaan Toyota Alphard berwarna putih selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik UMNO. 

Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan hala tuju parti selepas mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Difahamkan, perbincangan antara pemimpin UMNO menjadi tegang, berikutan strategi diaturnya didakwa menjadi punca BN tewas di banyak kerusi Parlimen. 

Tindakan Ahmad Zahid terus pulang selepas pertemuan itu menggunakan ‘pintu belakang’, mengecewakan pengamal media yang setia menanti di situ sejak jam 11.00 pagi tadi. 

Hanya kenderaan beliau dilihat melintasi laluan utama untuk bergerak pulang selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) ditangguhkan.

UMNO bahagian Bukit Bintang menyatakan bantahan terhadap Zahid Hamidi di Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman
UMNO bahagian Bukit Bintang menyatakan bantahan terhadap Zahid Hamidi di Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Sementara itu, sumber memaklumkan tindakan Ahmad Zahid membatalkan kedua-dua mesyuarat itu berikutan tidak dapat menahan desakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO dan BN agar beliau meletakkan jawatan. 

"UMNO kini terpaksa menanggung malu disebabkan desakan Ahmad Zahid yang mahu mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) pada musim tengkujuh sehingga BN tumbang. 

"Tidak tenang (suasana mesyuarat) dan sangat tegang sebenarnya kerana kepimpinan UMNO seperti Tan Sri Noh Omar mendesak Ahmad Zahid letak jawatan.

"Banyak pihak dalam UMNO dan BN mahu Ahmad Zahid meletakkan jawatan agar transformasi kepimpinan mampu dilakukan dalam membimbing kita ke arah lebih baik dan diyakini rakyat," katanya kepada Getaran.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tiada parti politik memperoleh 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertanding atau majoriti mudah dalam PRU-15. 

Berdasarkan keputusan rasmi sehingga 4.30 pagi tadi, Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi manakala parti gabungannya DAP di Sarawak mendapat lima kerusi dan MUDA menang satu kerusi, menjadikan keseluruhan 82 kerusi Parlimen diperoleh gabungan itu.

Gabungan Perikatan Nasional (PN) dan PAS pula memperoleh 73 kerusi Parlimen selepas masing-masing menang 51 dan 22 kerusi.

Selain itu, Barisan Nasional (BN) memperoleh 30 kerusi diikuti Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), WARISAN (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan calon Bebas (dua).

PRU-15 merupakan peristiwa hitam buat BN yang kalah teruk di kebanyakan kerusi Parlimen ditandingi, malah majoriti calonnya, termasuk nama pilihan yang dijangka meraih kemenangan tewas.

Antara calon itu adalah Khairy Jamaluddin yang tewas di Sungai Buloh, Asyraf Wajdi Dusuki (Gerik), Isham Jalil (Shah Alam) dan Shahril Hamdan (Alor Gajah). - Getaran, 20 November 2022. 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek