web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KJ Ada Potensi Jadi Pemimpin Negara

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 11:19AM

Khairy Jamaluddin - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GERIK - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin berpotensi untuk menerajui negara, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurutnya, Menteri Kesihatan itu telah membuktikan kebolehannya di peringkat nasional dengan memimpin beberapa kementerian ketika di bawah pentadbiran BN dan Perikatan Nasional (PN).

Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar oleh Alif Omar
Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar oleh Alif Omar

“Beliau sudah pun diiktiraf sebagai pemimpin nasional dan melalui beberapa tahap kepimpinan.

“Sudah tentu, BN sudah memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy untuk pilihan raya kali ini tapi di masa depan siapa tahu,

“Saya boleh katakan beliau (Khairy) adalah seorang daripada pemimpin masa depan parti ini,” katanya ketika ditemui sewaktu melakukan walkabout di Pekan Gerik, semalam.

Tambah beliau, UMNO masih lagi sebuah parti demokratik dan mengalu-alukan sesiapa saja yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin dengan tujuan berkhidmat kepada rakyat.

Asyraf Wajdi ketika melakukan walkabout di Pekan Gerik, semalam. - Gambar oleh Alif Omar
Asyraf Wajdi ketika melakukan walkabout di Pekan Gerik, semalam. - Gambar oleh Alif Omar

Katanya, Khairy merencanakan strategi  yang baik apabila menawarkan diri sebagai pemimpin negara masa depan, bagi menyakinkan pengundi Sungai Buloh bahawa beliau layak memperoleh sokongan mereka.

Dalam ceramah di Saujana Impian, Sungai Buloh, baru-baru ini, Khairy yang juga penyandang Parlimen Rembau secara terbuka mengumumkan hasrat untuk menerajui UMNO dan menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Pengerusi BN, Daruk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya menggesa Khairy untuk menang di kerusi tersebut terlebih dahulu.

Khairy yang juga penyandang Parlimen Rembau secara terbuka mengumumkan hasrat untuk menerajui UMNO dan menjadi Perdana Menteri. - Gambar oleh Sairien Nafis
Khairy yang juga penyandang Parlimen Rembau secara terbuka mengumumkan hasrat untuk menerajui UMNO dan menjadi Perdana Menteri. - Gambar oleh Sairien Nafis

Khairy juga mendakwa bahawa beliau terpaksa untuk bertanding di Sungai Buloh selepas kepimpinan parti masih membisu berhubung kerusi yang harus ditandinginya dan hanya menawarkan kerusi tersebut di saat terakhir.

Membalas kenyataan tersebut, Ahmad Zahid berkata, Khairy sendiri yang meminta untuk bertanding di kerusi tersebut, dan beliau seharusnya bersyukur diberikan peluang untuk bertanding.

Khairy dicalonkan di Parlimen Sungai Buloh untuk pertama kalinya selepas memberi laluan kerusi Rembau kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang disandangnya sejak 2008.

Beliau adalah pencabar utama di Sungai Buloh yang menyaksikan pertembungan tujuh penjuru, antaranya Datuk R Ramanan daripada PKR.

Asyraf pula adalah calon BN Parlimen Gerik yang akan berdepan calon Pakatan Harapan (PH) Ahmad Tarmizi Mohd Jam dan Fathul Uzir Ayob (PN). - The Vibes, 13 November 2022


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan