web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Masih Penuntut, Bukan Graduan Universiti Tasmania - Lando Zawawi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 3:46PM

Lando Zawawi (kiri) beramah mesra dengan salah seorang penduduk di Tanjong Karang. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon PEJUANG untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Parlimen Tanjong Karang, Azlan Sani Zawawi tidak pernah mengisytiharkan dirinya adalah graduan Universiti Tasmania, Australia.

Tampil menjelaskan kekeliruan, beliau yang lebih dikenali sebagai Lando Zawawi berkata, dirinya masih bergelar penuntut tahun akhir dan masih belum berjaya menamatkan pengajian.

Menurut Lando, beliau diterima melanjutkan pengajian ke universiti berkenaan pada tahun 1996 selepas menamatkan Matrikulasi Australia di ibu negara.

“Tahun 1996 itu adalah tahun pertama saya bergelar penuntut University of Tasmania. Saya melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Seni dan Psikologi/Sosiologi.

“Bagaimanapun, pada tahun akhir pengajian saya terpaksa balik ke Malaysia kerana ada masalah keluarga yang memerlukan saya pulang segera ke tanah air, jadi pembelajaran saya tertangguh sejak itu,” katanya kepada Getaran.

Pengasas badan bukan kerajaan (NGO) Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) itu berkata, beliau memberikan nama universiti tersebut ketika diminta memberikan latar belakang tertinggi oleh wakil PEJUANG, bagi disenaraikan sebagai profil.

Tindakan itu katanya diambil kerana beliau masih bergelar penuntut institusi berkenaan.

“Cumanya, saya tidak mengisytiharkan bahawa saya adalah graduan Sarjana Muda Seni sebaliknya hanya memberikan nama universiti tersebut sebagai pendidikan tertinggi.

“Jadi di sini tidak timbul bahawa saya menipu dan sebagainya,” katanya.

Lando Zawawi
Lando Zawawi

Lando menyatakan demikian ketika diminta mengulas kritikan segelintir pihak yang mempersoal kelulusan dimiliki, termasuk dakwaan kononnya beliau berbohong.

Lando memberitahu, sebaik pulang ke tanah air, beliau sememangnya menyimpan hasrat untuk kembali ke bumi Australia bagi menghabiskan pengajian, namun terpaksa ditangguhkan selepas ‘diikat’ oleh pengarah dan produser terkenal, Datuk Yusof Haslam selama 15 tahun.

“Saya bersama SKOP Productions selama 15 tahun dan kemudian mengasaskan Brotherhood, jadi saya mengambil keputusan untuk menangguhkan dulu hasrat menamatkan pengajian kerana kekangan masa serta tanggungjawab,” katanya.

Jelas Lando, beliau sepatutnya terbang ke Australia pada 2020 dan berhasrat menyelesaikan pengajian yang tertangguh, selain menguruskan perniagaan dimilikinya di Perth, Australia.

“Namun kita hanya mampu merancang. Pada 2020, seluruh dunia dikenakan lockdown akibat COVID-19 jadi hasrat itu sekali lagi terbantut dan kini saya berkecimpung dalam dunia politik pula.

“Jadi di sini, saya ingin tegaskan bahawa saya adalah penuntut University of Tasmania namun masih belum menamatkan pengajian dan saya tidak (pernah) isytiharkan bahawa saya adalah graduan lulusan universiti tersebut,” katanya.

Parlimen Tanjong Karang menyaksikan pertembungan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Selain Lando, turut bertanding ialah Mohd Rosni Mastol (BEBAS), Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (PN), Siti Rahayu Baharin (PH) dan Datuk Habibah Mohd Yusof (BN).

Kerusi Parlimen berkenaan disandang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mengekalkan rekod tanpa kalah selama enam penggal, bermula tahun 1995.

Beliau yang memperoleh majoriti undi 1,970 pada PRU-14 bagaimanapun digugurkan daripada senarai calon BN untuk PRU-15.  

Statistik terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan Tanjong Karang memiliki 62,194 pengundi berdaftar. – Getaran, 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

2 Lelaki Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Kematian Di Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Rugi RM183,100 Diperdaya Sindiket Love Scam

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

oleh Sophia Ahmad