web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Manifesto BN Akan Ditambah Perkara Dalam Konteks Sabah - Bung Moktar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 11:13AM

Bung Moktar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) Sabah akan menambah beberapa perkara di dalam manifesto BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) melibatkan konteks Sabah, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Tanpa memperincikan perkara berkenaan, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata ia akan diumumkan sebelum hari pengundian pada 19 November ini.

"Ia (manifesto) mesti datang dari pemimpin Sabah, (dan) kita sudah rangka dan akan bentangkan nanti...sudah hampir siap, tidak banyak (penambahan)...cuma ada penambahan dua tiga perkara sebab manifesto BN (yang diumumkan) sudah cukup lengkap," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri ceramah perdana bersama calon Parlimen Sepanggar Datuk Yakub Khan di Dewan Kampung Warisan, malam tadi.

Pada Isnin lepas, BN melancarkan manifesto dengan menampilkan Perancangan Amal dan Usaha BN atau ringkasnya PADU, jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PADU merupakan tawaran baharu yang segar atau a new and fresh deal daripada BN kepada rakyat Malaysia, yang mengandungi 99 amal dan usaha BN bagi mengemudi Malaysia ke arah negara maju.

Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata penambahan manifesto itu adalah atas permintaan BN Sabah yang juga turut dipersetujui BN Pusat selain menegaskan ia realistik dan relevan serta bukan semata-mata hanya untuk memancing undi rakyat.

Beliau yang juga calon BN bagi Parlimen Kinabatangan dalam pada itu berkata BN Sabah tidak pernah merestui mana-mana calon yang bertanding atas tiket Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang merupakan komponen parti itu kerana ia melanggar perjanjian dengan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dalam masa sama, Bung Moktar menegaskan tiada tindakan yang boleh diambil memandangkan calon berkenaan menggunakan loga PBRS untuk bertanding.

Pada Sabtu lepas, calon PBRS Datuk Ewon Ebin disahkan bertanding di Parlimen Ranau yang menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan penyandangnya Datuk Jonathan Yasin (GRS), Apirin Jahalan @ Taufik Sham (Pakatan Harapan), Azizul Julirin (Pejuang) dan Markos Siton (Warisan). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam