web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Runding Semula Kerusi Tanjung Piai, Kembalikan Kepada AMANAH

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 5:35PM

Keputusan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di Parlimen Tanjung Piai perlu dirunding semula kerana kerusi tersebut perlu dikembalikan kepada AMANAH sepertimana diputuskan sebelum ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di Parlimen Tanjung Piai perlu dirunding semula dalam tempoh berbaki beberapa hari sebelum penamaan calon pada 5 November ini.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Negeri Johor, Mazlan Aliman berkata, kerusi tersebut perlu dikembalikan kepada AMANAH sepertimana diputuskan sebelum ini.

“AMANAH Negeri Johor mesti dilihat mengurus emosi dan moral ahli parti yang cukup terkesan dengan situasi penuh kontroversi ini.

“Perlu diingat mandat kepimpinan diperolehi dari ahli parti yang menjadi perwakilan dalam pemilihan. Bahkan, mereka bertungkus-lumus dan berkorban apa sahaja bagi memenangkan parti setiap kali pilihan raya,” katanya.

MUDA semalam mengumumkan tiga calon pertamanya untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), iaitu bagi Parlimen Kepala Batas, Tanjong Karang dan Tanjung Piai.

Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz berkata, tiga kerusi Parlimen tersebut adalah antara kerusi Parlimen yang disepakati hasil rundingan bersama PH.

Mazlan menambah, keputusan Majlis Presiden PH menyerahkan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada MUDA, mengulangi detik hitam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa yang juga diberikan kepada parti tersebut.

Meskipun penegasan diberikan kepada pimpinan khususnya kepada Presiden dan Timbalan Presiden AMANAH, beliau berkata, ia gagal dipertahankan.

Jelasnya, kerusi pinjaman di Parlimen Ayer Hitam turut gagal diambil semula dan nampaknya, ia menjadi milik DAP ‘buat selama lamanya’.

Berbeza dengan PKR dan DAP, katanya, kepimpinan AMANAH didakwa begitu lemah dalam menangani rundingan kerusi yang menimbulkan rasa tidak puas hati ahli dan penyokong parti.

“Saya amat sedih dengan episod ini meskipun kita sentiasa merai dan menghargai rakan DAP, PKR serta MUDA,” katanya. - Getaran, 31 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 11 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad