web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRU-15: Strategi Letak MB Selangor Di Gombak Berisiko Memakan Diri

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 10:13AM

Amirudin Shari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Strategi Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), boleh ‘memakan diri’, susulan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memiliki kekuatan tersendiri, selain pengaruh PAS yang kuat di kawasan berkenaan.

Penganalisis politik, Dr Azmi Hassan berpendapat, strategi itu juga boleh memberi kesan negatif kepada status Menteri Besar berkenaan pada masa depan, sekiranya beliau tewas di kerusi terbabit.

Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

“Memang jelas strategi PH meletakkan Menteri Besar Selangor di Gombak adalah untuk mengalahkan Mohamed Azmin, tidak lain itu adalah strategi politiknya kerana sebagai Menteri Besar, beliau membawa aura kuat menentang Mohamed Azmin.

“Dahulu Mohamed Azmin di bawah PH, tetapi sekarang (bersama) Perikatan Nasional (PN), jadi hendak dibandingkan kekuatan PN dan PH di Gombak itu ya, dari segi atas dasarnya PH ada sedikit kelebihan.

“Tetapi jangan lupa di Gombak, PAS mempunyai pengaruh kuat dan bersama PN ketika ini. Jadi saya melihat dengan menggunakan faktor PAS itu, maksudnya kedudukan Mohamed Azmin lebih kurang agak selamat,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Kelmarin, Amirudin yang juga Naib Presiden PKR, diumumkan bakal bertanding di Parlimen Gombak pada PRU-15  dalam acara di Ampang Jaya, Selangor.

Mohamed Azmin Ali - Gambar fail
Mohamed Azmin Ali - Gambar fail

Beliau diramal berdepan mantan mentornya, Mohamed Azmin di kerusi tersebut yang sebelum ini melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ditanya berhubung impak penglibatan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Gombak, Azmi menambah, calon dari gabungan tersebut dilihat tidak akan menarik sokongan pengundi yang selama ini menyokong sama ada PN atau PH.

“Dengan adanya BN dalam congakan Parlimen Gombak, ia tidak mengubah percaturan antara Azmin dan Menteri Besar. Saya lebih memihak kepada keupayaan PAS dalam membantu Azmin,” katanya.

Ditanya berhubung peluang mantan pemimpin PKR yang turut melompat parti, iaitu Datuk Zuraida Kamaruddin di Parlimen Ampang, Azmi berpandangan, kedudukan karier politik Mohamed Azmin adalah jauh lebih ke hadapan, berbanding Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu.

“Kalau Zuraida bertanding, tidak tahu sama ada atas tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM) atau Bebas, tetapi kedudukannya di Ampang ini saya melihat begitu negatif,” katanya.

Dr Awang Azman Awang Pawi
Dr Awang Azman Awang Pawi

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, walaupun pengaruh Mohamed Azmin ketika ini tidak sama semasa memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkenaan sudah lama ‘menjaga’ Gombak.

Lebih-lebih lagi, katanya, Mohamed Azmin aktif menjaga kawasan tersebut serta menyantuni penduduk dan pastinya usaha berkenaan diingati penduduk.

“Cuma bezanya Mohamed Azmin tidak lagi bertanding atas tiket PKR atau PH, maknanya ini yang menyebabkan risiko beliau kehilangan kerusi tetapi pada masa sama, kita tidak boleh menafikan kekuatan atau strategi Mohamed Azmin, terutama pada saat akhir,” katanya.

Malah, Awang Azman tidak menolak kemungkinan berlaku pertembungan beberapa penjuru di Gombak, terutama dengan kehadiran BN dan Bebas, sekali gus menyebabkan perpecahan undi.

“Perpecahan undi akan menentukan siapa yang mempunyai peluang lagi tinggi (untuk menang). Selain itu, faktor pengundi umur 18 hingga 31 tahun, ia membentuk 50 peratus undi yang menjadi penentu kerusi tersebut dan kerusi lain di seluruh negara,” katanya. - Getaran, 30 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 11 bulan yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 1 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diugut Bunuh, Terima 2 Butir Peluru, Teresa Kok Buat Laporan Polis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

oleh Rafisqi Radhi