web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PSM Kecewa PH Tolak Kerjasama

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 10:30PM

PSM memohon kerjasama dengan PH pada PRU-15 kerana ia adalah hasrat ahli, penyokong dan ahli masyarakat sivil bahawa parti berkenaan tidak harus berdiri sendiri, sebaliknya menyertai sebuah pakatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada kerjasama antara Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Pengerusi Nasional PSM, S Arutchelvan berkata, ia susulan permintaan minimum parti tersebut bagi kerjasama pilihan raya dengan PH ditolak sama sekali.

Tanpa satu pun kerusi diberikan kepada PSM, jelasnya, parti tersebut memahami bahawa PH tidak berhasrat untuk mewujudkan kerjasama pilihan raya dengan mereka.

“Kami dimaklumkan melalui surat rasmi PH bertarikh 30 Oktober 2022 bahawa permintaan minimum PSM untuk kerjasama pilihan raya dengan PH adalah ditolak sama sekali.

“Kami kesal dengan perkara ini yang dimaklumkan kepada kami lewat walaupun kenyataan (pemimpin PKR) Rafizi Ramli pada Jumaat lalu, bahawa kerusi tertentu diperuntukkan untuk PSM dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA),” katanya menerusi kenyataan.

S Arutchelvan
S Arutchelvan

Arutchelvan menambah, PSM memohon kerjasama dengan PH pada PRU-15 kerana ia adalah hasrat ahli, penyokong dan ahli masyarakat sivil bahawa parti berkenaan tidak harus berdiri sendiri, sebaliknya menyertai sebuah pakatan.

Selepas menilai semua gabungan, iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan PH, beliau memberitahu, ahli parti memutuskan untuk memulakan proses kerjasama pilihan raya dengan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang dilihat sebagai gabungan paling berbilang kaum serta progresif.

“PH kemudian melalui saluran rasmi bersetuju bahawa satu proses mengenai kerjasama pilihan raya dengan PSM akan dimulakan. Dalam dua pertemuan diadakan antara kita dan PH, PSM mengemukakan satu permintaan sangat minimum.

“Kami meminta Pengerusi kami, Dr Michael Jeyakumar Devaraj dibenarkan untuk bertanding kerana beliau adalah calon terbaik dan paling boleh menang untuk Sungai Siput.

“Kami juga memberi (cadangan) dua lagi kerusi Parlimen alternatif bukan penyandang (PH) dipegang BN jika kerusi Sungai Siput tidak dibenarkan untuk ditandingi, sebagai senario terburuk,” katanya.

Menurutnya, PSM turut meminta tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bukan disandang PH.

Beliau berkata, PSM bagaimanapun memberitahu bahawa mereka akan gembira untuk memperoleh mana-mana kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN.

“Pasukan rundingan PH, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Steven Sim berkata bahawa isu kami hanya boleh diselesaikan Majlis Presiden yang akhirnya dimaklumkan kepada kami hari ini. Keputusan mengecewakan ini dimaklumkan enam hari sebelum hari pencalonan.

“Kami kecewa kerana tiada usaha serius dibuat PH untuk mempercepatkan proses ini atau mencari jalan walaupun banyak usaha dilakukan pihak kami,” katanya.

Jelas Arutchelvan, pihaknya menyedari bahawa ramai yang mengharapkan PSM dapat bekerjasama dengan PH akan kecewa.

“Kami hanya ingin memberitahu ahli dan penyokong bahawa kami sudah cuba. Kerjasama sudah berakhir tetapi bukan perjuangan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, PSM menganggap PRU-15 sebagai pilihan raya penting dan sukar untuk PH kerana keadaan sedia ada serta berdasarkan keputusan pilihan raya negeri lalu.

“Justeru, kami mahu menggerakkan jentera dan komuniti akar umbi kami terhadap tugasan ini,” katanya.

Dengan perkembangan terkini, tambahnya, PSM mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat tergemparnya hari ini, selain mesyuarat jawatankuasa kebangsaan esok untuk memutuskan sama ada akan bertanding atau sebaliknya pada PRU-15. - Getaran, 30 Oktober 2022

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

Disyorkan untuk anda

Sukan 13 jam yang lalu

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

Sukan 1 hari yang lalu

Zii Jia Rangkul Gelaran Kedua Terbuka Thailand 

Luar Negara 13 jam yang lalu

Operasi Cari Helikopter Dinaiki Presiden Iran Sedang Berjalan

Semasa 1 hari yang lalu

Anggota MALBATT Meninggal Dunia Di Lubnan

oleh Diyana Nawwar